Apple DOS merujuk kepada sebilangan sistem pengendalian untuk mikrokomputer siri Apple II antara tahun 1978 dan awal tahun 1983.

Apple DOS
PembangunApple Computer
Keluarga OSApple DOS
KeadaanSejarah
Model sumberSumber tertutup
Keluaran terbaru3.3 / 1980 (lepasan pembetulan pepijat terakhir pada 1983)
Jenis IntiInti monolitik
LesenPerjanjian Lesen Perisian Apple
Beneath Apple DOS ialah buku panduan yang popular untuk Apple DOS.

Juga dikenali secara mudah sebagai DOS 3.x, Apple DOS mempunyai tiga lepasan yang utama, iaitu DOS 3.1, DOS 3.2, dan DOS 3.3. Ketiga-tiga lepasan itu mempunyai lepasan yang kedua untuk membetulkan pepijat, tetapi hanya lepasan DOS 3.2 yang kedua mempunyai nombor versi sendiri, iaitu DOS 3.2.1. Versi yang paling terkenal dan yang paling banyak digunakan adalah kedua-dua lepasan DOS 3.3 yang masing-masing diterbitkan pada tahun 1980 dan tahun 1983.

Sebelum lepasan DOS 3.1, para pengguna Apple terpaksa bergantung kepada pita kaset audio untuk storan dan dapatan semula data, suatu kaedah yang amat perlahan, susah, dan juga tidak boleh dipercayai.

Pautan luar sunting