Apple Vision Pro ialah set kepala realiti campuran akan datang yang dihasilkan oleh Apple Inc.[2] Ia diumumkan pada 5 Jun 2023 di Persidangan Pembangun Sedunia 2023. Apple telah menyatakan bahawa Vision Pro akan menandakan permulaan "pengkomputeran ruangan."[3]

Apple Vision Pro
PembangunApple Inc.
PengilangFoxconn[1]
JenisSet kepala realiti campuran
Tarikh jualan2024
Harga pengenalanAS$3,499
Sistem pengendalianvisionOS
Sistem-atas-cipApple M2 dan Apple R1
Laman sesawangapple.com/apple-vision-pro

Pembangunan sunting

Pada Mei 2015, Apple memperoleh syarikat realiti terimbuh (AR) Jerman, Metaio.[4] Syarikat tersebut berhasrat untuk menggunakan teknologi Metaio dalam projek kereta elektriknya, dengan nama kod "Projek Titan". Pada tahun tersebut, Apple mengupah Mike Rockwell dari Dolby Laboratories. Mike membentuk pasukan yang termasuk pengasas bersama, Metaio Peter Meier dan pengurus Apple Watch, Fletcher Rothkopf. Pasukan tersebut membangunkan demo AR pada 2016, tetapi menghadapi tentangan daripada ketua pegawai rekabentuk ketika itu, Jony Ive dan pasukannya. Pasukan Mike membantu menyampaikan ARKit pada tahun 2017 dengan iOS 11. Menurut The Information, pasukan Mike berusaha untuk mencipta set kepala dan bekerja dengan pasukan Jony; keputusan untuk mendedahkan mata pemakai melalui paparan mata yang menghadap ke hadapan diterima baik oleh pasukan rekabentuk industri.[5] Perkembangan set kepala mengalami tempoh ketidakpastian dengan pemergian Jony pada 2019. Penggantinya, Evans Hankey, meninggalkan syarikat tersebut pada 2023.[6]

Maklumat tentang set kepala, yang kemudiannya dikenali sebagai Reality Pro,[7] mula muncul pada tahun 2022. Pada Mei 2022, Bloomberg News melaporkan bahawa eksekutif Apple telah melihat peranti tersebut, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook.[8] Syarikat tersebut mula mendapatkan pengarah untuk membangunkan kandungan untuk set kepala tersebut pada bulan Jun. Seorang pengarah sedemikian, Jon Favreau, telah disenaraikan untuk menghidupkan dinosaur pada rancangan Apple TV+ beliau, Prehistoric Planet.[9]

Menurut Apple, syarikat tersebut memfailkan lebih 5,000 paten untuk teknologi yang menyumbang kepada pembangunan Vision Pro.[10]

Perincian sunting

Rekabentuk dan bahan sunting

Ia mempunyai bahagian hadapan kaca dan bingkai aluminium.[11] Apple Vision Pro juga serasi dengan sisipan optik tersuai untuk orang yang menggunakan cermin mata perskripsi; kanta tersebut akan dipasangkan secara magnetik di dalam paparan dan dibangunkan dengan kerjasama Carl Zeiss AG.[11]

Perisian sunting

Ia menampilkan sistem pengendalian baharu yang dipanggil visionOS, dengan antaramuka tiga dimensi.

Rujukan sunting

  1. ^ Mayo, Benjamin (February 23, 2023). "Apple reportedly already working with Foxconn on cheaper second-generation AR headset". 9to5Mac. Dicapai pada June 5, 2023.
  2. ^ Warwick, Stephen (2023-06-05). "Apple Vision Pro VR headset is revealed — and it will blow your mind". iMore (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-05.
  3. ^ "Apple Reveals 'Vision Pro' Headset". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-05. Dicapai pada 2023-06-05.
  4. ^ Wakabayashi, Daisuke (May 28, 2015). "Apple Buys German Augmented-Reality Firm Metaio". The Wall Street Journal. Dicapai pada June 5, 2023.
  5. ^ Ma, Wayne (May 20, 2022). "Behind the Apple Design Decisions That Bogged Down Its Mixed-Reality Headset". The Information. Dicapai pada June 5, 2023.
  6. ^ Mickle, Tripp; Chen, Brian (March 26, 2023). "At Apple, Rare Dissent Over a New Product: Interactive Goggles". The New York Times. Dicapai pada June 5, 2023.
  7. ^ Hector, Hamish (June 5, 2023). "Don't get excited for an Apple Reality Pro price switcheroo at WWDC". TechRadar. Dicapai pada June 5, 2023.
  8. ^ Gurman, Mark (May 19, 2022). "Apple Shows AR/VR Headset to Board in Sign of Progress on Key Project". Bloomberg News. Dicapai pada June 5, 2023.
  9. ^ Mickle, Tripp; Chen, Brian (June 4, 2022). "Apple Starts Connecting the Dots for Its Next Big Thing". The New York Times. Dicapai pada June 5, 2023.
  10. ^ Kamps, Haje Jan (2023-06-05). "To reduce motion sickness in VR, Apple developed new R1 chip". TechCrunch (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-05.
  11. ^ a b Robertson, Adi (June 5, 2023). "Apple Vision Pro is Apple's new AR headset". The Verge. Dicapai pada June 5, 2023.