Ara Damansara (Jawi: ارا دامنسارا‎) merupakan kawasan perbandaran di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Secara pentadbirannya, Ara Damansara merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Damansara, iaitu satu daripada empat mukim yang membentuk Daerah Petaling. Poskod bagi Ara Damansara ialah 47301 Petaling Jaya.[1] Ara Damansara juga merupakan salah satu kawasan yang terletak di dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Ara Damansara
Transkripsi lain
 • Jawiارا دامنسارا
Koordinat: 3°07′29″N 101°34′33″E / 3.124693°N 101.575845°E / 3.124693; 101.575845Koordinat: 3°07′29″N 101°34′33″E / 3.124693°N 101.575845°E / 3.124693; 101.575845
NegaraMalaysia
NegeriSelangor
DaerahPetaling
MukimDamansara
Kawasan parlimenPetaling Jaya
Kawasan negeriSeri Setia
Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Perbandaran Selayang
 • Ahli ParlimenLee Chean Chung
 • Ahli Dewan NegeriFahmi Ngah
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (tidak digunapakai)
Poskod
47301
Kod kawasan+603

Sejarah sunting

Ara Damansara mula dibangunkan pada tahun 1999 di atas tanah estet kelapa sawit. Bandar ini dibangunkan oleh Sime Pilmoor Development Sdn Bhd, sebuah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya Sime Darby; manakala pembangunan pula diuruskan oleh Sime Darby Property.[2][3] Menurut pengurus bandar ini semasa dibangunkan, Sime Darby Property akan memastikan projek pembangunan Ara Damansara ini dilengkapi tahap kawalan keselamatan yang komprehensif bagi mewujudkan persekitaran yang selamat, sekali gus meningkatkan nilai hartanah di kawasan tersebut.[4]

Lokasi sunting

Ara Damansara terletak di sepanjang Jalan Lapangan Terbang Subang (sebahagian daripada Jalan Persekutuan 15).[5] Ara Damansara berjiran dengan Kota Damansara, Kelana Jaya,[3] Taman Mayang, Taman Bukit Mayang Emas, Tropicana, dan Tropicana Indah. Terletak juga berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Pengangkutan sunting

 
Bas Rapid KL laluan T782 di stesen LRT Lembah Subang
 
Bas Rapid KL laluan T807 di stesen MRT Surian

Ara Damansara dapat dicapai dengan menggunakan perkhidmatan bas awam yang disediakan oleh Rapid KL; iaitu laluan 772 dalam Koridor Lebuhraya Persekutuan. Laluan bas 772 akan bermula di Hentian Akhir Bandar (HAB) Pasar Seni di Platform D, di Jalan Sultan Mohamed, Kuala Lumpur (kod hentian bas – KL2212) dan tamat di Hentian Akhir Bandar (HAB) Seksyen U5 Shah Alam (kod hentian bas – SA669) dekat Jalan Utarid U5/10 di Seksyen U5 Shah Alam untuk ke arah Subang Mahsing. Manakala untuk ke arah Hab Pasar Seni, adalah sebaliknya.[6]

Stesen LRT Ara Damansara dan stesen LRT Lembah Subang merupakan stesen kereta api di Ara Damansara. Stesen kereta api ini menyediakan perkhidmatan Laluan Kelana Jaya dan buat julung kalinya beroperasi pada 30 Jun 2016 di bawah projek penyambungan jajaran laluan Kelana Jaya ke stesen LRT Putra Heights. Di stesen MRT ini juga, terdapat perkhidmatan bas perantara MRT Laluan Kelana Jaya.[7] Terdapat satu laluan bas yang disediakan di stesen LRT Lembah Subang, membabitkan T782 dalam Koridor Damansara. Laluan bas T782 bermula di pintu selatan stesen LRT ke Lotus's Ara Damansara.[7][8] Selain itu juga, bas perantara MRT Laluan Kajang laluan T807 dalam Koridor Damansara juga berkhidmat di Ara Damansara. Bas laluan T807 bermula di stesen MRT Surian menuju ke Dataran Ara Damansara.[7][9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Ara Damansara, Petaling Jaya". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
  2. ^ "Sime Uep Development Sdn Bhd - Company Profile and News". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-12-09.
  3. ^ a b "Ara Damansara bakal jadi perbandaran berprestij". Berita Harian. New Straits Times Press. 1 November 2000. Dicapai pada 28 Januari 2024 – melalui KLiK.
  4. ^ "Projek Ara Damansara model perbandaran selamat". Berita Harian. New Straits Times Press. 22 Julai 1999. Dicapai pada 28 Januari 2024 – melalui KLiK.
  5. ^ Fadzil Fauzi (2 Ogos 2002). "Lure of Ara Damansara". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Januari 2024 – melalui KLiK.
  6. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | 772" [MyRapid - Hentian Bas | 772]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  7. ^ a b c "Rapid KL - Bus Info" [Rapid KL - Maklumat Bas]. myrapid.com.my (dalam bahasa Inggeris). Prasarana Malaysia Berhad. Dicapai pada 28 Januari 2024.
  8. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T782" [MyRapid - Hentian Bas | T782]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  9. ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T807" [MyRapid - Hentian Bas | T807]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.

Pautan luar sunting