Ara Johari
Nurfarrah Izzatie "Ara" Johari (lahir 27 Jun 1997) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan finalis dan pemenang tempat keempat dalam pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016. Beliau juga merangkul gelaran naib johan dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 (2019) menerusi lagu "Bunga".[1][2][3]
Ara Johari | |
---|---|
Nama lahir | Nurfarrah Izzatie binti Johari |
Juga dikenali sebagai | Ara Johari |
Kelahiran | Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia | 27 Jun 1997
Genre | Rock, balada |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2016–kini |
Syarikat rakaman | Rocketfuel Entertainment |
Kerjaya Sunting
Ara Johari mula meraih kejayaan arus perdana menerusi Akademi Fantasia musim ke-13 dan berjaya merangkul tempat keempat dalam rancangan tersebut. Beliau mula meneruskan kerjayanya dalam industri muzik menerusi lagu "Warkah Untukku", "Bunga" dan "Paku". Lirik untuk lagu "Paku" ditulis oleh Ara sendiri. Beliau seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 menerusi lagu "Warkah Untukku". Namun Ara tidak berjaya merangkul sebarang anugerah AJL32. Ara sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 menerusi lagu "Bunga". Berkat usaha gigih Ara dan kumpulannya, lagu ini berjaya meraih gelaran naib juara. Kemenangan ini melonjakkan lagi nama Ara dalam industri muzik.
Akademi Fantasia Sunting
- Lihat juga: Akademi Fantasia Musim 13
Ara merupakan salah seorang daripada 15 orang pelajar yang diterima masuk ke Akademi Fantasia 2016. Berikut ialah persembahan Ara sewaktu dalam akademi:
Konsert | Lagu tugasan | Penyanyi asal | Kedudukan |
---|---|---|---|
Minggu 1 | "Andaiku Bercinta Lagi" | Mojo | Kekal |
Minggu 2 | "Andai" | Dia Fadila | Kekal |
Minggu 3 | "Robek Hatiku" | Mas Idayu | Kekal |
Minggu 4 | "Bimbang" | Goodbye Felicia & Stephanie Poetri | Kekal |
Minggu 5 | "Takdir Penentu Segalanya" | Jamal Abdillah | Kekal |
Minggu 6 (Suku Akhir) | "Nazam Berkasih" / "Tinting "(medley) | Syura / Noraniza Idris | Kekal |
Minggu 7 (Separuh Akhir) | "Tangisan Marhaenis"
(duet bersama Hattan) |
Dia Fadila & Hattan | Kekal |
"Samar Bayangan" | Nicky Astria | ||
Minggu Akhir | "Camar Yang Pulang" | Aishah | Pemenang Tempat Keempat |
"Warkah Untukku" | Ara |
Kontroversi Ara mengaku bahawa beliau mengulas hubungan rapat dengan pelakon dan pengacara Hun Haqeem.
Diskografi Sunting
Tahun | Tajuk lagu |
---|---|
2016 | "Warkah Untukku" |
2017 | "Bunga" |
2018 | "Paku" |
2019 | "Racun Hati Penindas" (bersama WARIS) |
2021 | "Tetap Aku Cinta" |
"Keliru" (bersama Lil J) | |
2022 | "Sumpahan Salju" |
"Pasti Tiba" |
Filemografi Sunting
Drama Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Malaysian Ghost Stories | Tasha | Astro Ria | Episod: “Ulek Mayang” |
2023 | One Million Dollar Voice | Ara | Penampilan khas |
Telefilem Sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | C.H.A: Cinta Hati Ayam | Acha | TV2 |
Televisyen Sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2022 | The Masked Singer Malaysia (musim 2) | Peserta sebagai Ratu Semut | Astro Warna |
Famili Duo (musim 2) | Peserta pasangan selebriti bersama Shafiq Erwin | TV3 |
Anugerah dan pencalonan Sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | ||
Fantastik 4 (Hot FM) | Menang | ||
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu 33 | "Bunga" | Tempat kedua | |
2020 | Anugerah Meletop ERA | Penyanyi Meletop ERA (Paku) | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon |
Rujukan Sunting
- ^ Ahmad Shah (19 Oktober 2016). Saya Masih Wanita Sejati - Ara AF 2016 Astro Gempak. Dicapai pada 18 Oktober 2017.
- ^ "Saya Tidak Sombong Ara Johari (AF2016) mStar Online. 28 Februari 2017. Dicapai pada 18 Oktober 2017.
- ^ Najiy Jefri (5 September 2018). Ara tolak buat gimik Harian Metro. Dicapai pada 18 Oktober 2018.