Aramaiti
Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Ogos 2017) |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Ogos 2017) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Cari aramaiti dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
Aramaiti adalah satu slanga tempatan yang popular di Negeri Sabah, Malaysia. Ianya adalah gabungan dua perkataan iaitu "Aramai" dan "Ti". Istilah aramai (meriah, seronok) adalah kata dasar dalam bahasa Kadazandusun.
- Maksud Aramai: Perkataan rumamai-ramai (berpesta), rumamai (berhibur), mamaramai (merayakan), adalah perkataan2 asal dari perkataan Aramai dalam pengembangan maksud.
- Maksud Ti: Perkataan "ti" adalah singkatan bagi perkataan "iti" yang bermaksud "ini" maka ia membawa maksud meriah ini/ni, bestnya ini/ni, seronoklah ini/ni atau syok la ini/ni,
Jika digabungkan, Aramai bermaksud, Meriah, Seronok, Bestnya, Syoknya atau Siok bah (slanga Sabah) Cool, dll yang mengambarkan rasa teruja, gembira dan menyoronokkan dalam sesuatu perbuatan atau perkara yang dilakukan. Manakala perkataan ti adalah singkatan bagi perkataan "iti" yang bermaksud "ini" maka ia membawa maksud meriah ini/ni, bestnya ini/ni, seronoklah ini/ni atau syok la ini/ni,
Selain frasa Aramai ti ada juga ayat yang membawa maksud yang sama mengikut tingkat keterujaan seseorang dan mereka akan mengucapkan:
- Aramai no - Meriahnya
- Aramai ti - meriah ni/ini
- Aramai noti - meriah betul ni/ini
- Aramai kopio - meriah sungguh
- Aramai boh kopio - meriah sunguh (dalam nada teruja).
KontroversiSunting
Salah faham penggunaanSunting
Perkataan ini selalu digunakan / diucapkan oleh anak-anak muda semasa minum arak menyebabkan orang yang tak memahami ayat tersebut akan salah faham. Ayat tersebut selalu juga digunakan dalam perbualan harian yang menunjukkan keterujaan/keseronokan. Jika mahu minum arak atau pergi ke kelab malam dan ucap aramai ti maka ia membawa maksud majlis minum arak itu sungguh meriah / seronok, sama juga dalam majlis keramaian yang lain, jika seseorang ucap aramai ti/aramai kopio terhadap majlis tersebut tu maka bermaksud majlis itu meriah / seronok, sangat menyoronokkan atau menghiburkan. Atau aramai ti diucapkan pada majlis kenduri juga akan membawa maksud kenduri itu memang meriah / seronok. Juga semasa perkhemahan, boleh ucap aramai ti jika dirasakan seronok.
RujukanSunting
Cari aramaiti dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |