Arbain

(Dilencongkan dari Arba'een)


Arba'een (Bahasa Arab: اربعين‎, bermakna "empat puluh"), atau Chehlum, sebagai mana dikenali Muslim yang bertutur bahasa Parsi dan Urdu di Asia Tengah dan Tenggara, ialah suatu perayaan Muslim Syiah yang menandakan 40 hari selepas Hari Asyura, peringatan kematian Hussein bin Ali bin Abi Talib dalam Pertempuran Karbala. Hussein dan 72 pengikutnya meninggal pada 20 Safar 61 H (680 CE), dibunuh tentera Yazid. Empat puluh ialah tempoh biasa berkabung dalam sesetengah kebudayaan Islam.