Arco, Idaho ialah sebuah bandar di Kaunti Butte, Idaho, Amerika Syarikat. Mengikut bancian 2010 terdapat 995 orang penduduk di bandar itu.[1] Arco ialah bandar pentadbiran dan juga bandar terbesar di kaunti Butte.

Arco, Idaho

Arco terletak pada Sungai Big Lost (harfiah, "Sungai besar yang hilang") dan merupakan jalan masuk ke Banjaran Lost River dari Dataran Snake River.

Makmal Nasional Idaho (Idaho National Laboratory, INL) terletak ti arah timur Arco.

Arco merupakan bandar yang pertama di dunia yang menggunakan kuasa elektrik yang dijana oleh loji nuklear untuk menerangi bandar. Ini berlaku pada 17 Julai 1955, dengan kuasa yang dijana reaktor BORAX-III Makmal Nasional Argonne (lihat Uji kaji BORAX) di Stesen Ujian reaktor Nasional (National Reactor Testing Station, NRTS), yang kemudiannya menjadi Makmal Nasional Idaho.[2] NRTS melakar sejarah apabila reaktor SL-1 mencair pada 3 Januari 1961, mengakibat tiga orang terkorban. Leburan ini merupakan kemalangan reaktor yang menyebabkan maut tunggal di dunia (dan AS).

Rujukan sunting

  1. ^ U.S. Census Bureau, 2010 Census Redistricting Data (Public Law 94-171) Summary File: Arco, Idaho. From American FactFinder
  2. ^ "AEC Press release for BORAX-III lighting Arco, Idaho". U.S. Department of Energy, Argonne National Laboratory. 1999. Dicapai pada 2012-07-26.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.