Arena Accor

Arena Accor (asalnya dikenali sebagai Palais Omnisports de Paris-Bercy, dan sebelum ini sebagai AccorHotels Arena; juga dikenali sebagai Bercy dalam pertandingan yang melarangkan nama komersial seperti Sukan Olimpik) merupakan sebuah arena tertutup dan dewan konsert yang terletak di boulevard de Bercy, Bercy, Daerah 12, Paris, Perancis. Stesen métro yang terdekat ialah Bercy.

Arena Accor
Bercy
AccorHotels Logo 2016.svg
Palais Omnisports de Paris-Bercy 2007.jpg
Kelihatan luaran arena
Nama dahuluPalais omnisports de Paris-Bercy (1984–2014)
Arena Bercy (2014–15)
Arena AccorHotels (2015–2020)
Lokasi8 Boulevard de Bercy
Bercy, XIIe, Paris, France
Koordinat48°50′19.15″N 2°22′42.60″E / 48.8386528°N 2.3785000°E / 48.8386528; 2.3785000Koordinat: 48°50′19.15″N 2°22′42.60″E / 48.8386528°N 2.3785000°E / 48.8386528; 2.3785000
transit awamParis MétroParis Métro Line 6Paris Métro Line 14 Bercy
PemilikVille de Paris
OperatorSEM Palais omnisports de Paris-Bercy
KapasitiKonsert: 20,300
Tinju: 16,394
Tenis: 15,609
Bola baling: 15,609
Bola keranjang: 15,609
Hoki ais: 15,000
Olahraga: 10,910
PermukaanVersatile
Pembinaan
Tanah memecahFebruari 1981 (1981-02)
Dibuka03 Februari 1984 (1984-02-03)
Diubahsuai2014–15
Arkitek
Laman web
accorarena.com

Direka bentuk oleh firma arkitek Andrault-Parat, Jean Prouvé dan Aydin Guvan, arena ini berbentuk piramid dengan dinding rumput yang bercerun. Arena ini mempunyai kapasiti tempat duduk antara 7,000 hingga 20,300, tergantung kepada acara yang dianjurkan.

SejarahSunting

 
Arena Accor semasa Paris Masters pada 2008.

Arena ini telah digunakan sebagai tempat pertandingan utama bagi kejohanan tenis Paris Masters yang merupakan sebahagian daripada ATP Tour, serta banyak acara sukan yang lain seperti pingpong, bola baling, bola keranjang, tinju, gimnastik, lumba basikal, show jumping dan sebagainya.

Arena ini juga merupakan salah satu tempat penganjuran konsert utama di Paris. Stadium ini telah menganjurkan konsert bagi artis Perancis dan antarabangsa seperti penyanyi rock Perancis Johnny Hallyday (99 konsert), penyanyi dan penggubal lagu Perancis Michel Sardou (91 konsert), penghibur Perancis Dorothée (57 konsert), penyanyi Kanada Celine Dion (35 konsert), penyanyi Kanada Mylène Farmer (33 konsert), kumpulan Norway A-ha (2 konsert) [1][2] serta penyanyi dan penggubal lagu Amerika Madonna (21 konsert).

Stadium ini juga telah menganjurkan kejohanan gimnastik Eropah pada 2000, 1991, 1996 dan 2010[3] FIBA EuroLeague Final Four, serta kejohanan FIBA EuroBasket pada 1999. Arena ini juga telah menganjurkan pertandingan perlumbaan kart Masters Karting Paris Bercy, dari 1993 hingga 2001 dan pada 2011. Arena Accor juga menganjurkan Kejohanan Dunia Hoki Ais pada 2017 bersama dengan Arena Lanxess di Cologne, Jerman serta pertandingan akhir Kejohanan Eropah League of Legends 2017 dan Kejohanan Dunia League of Legends 2019.[4]

Sebagai sebahagian daripada usaha pengubahelokan pada 2014 dan 2015, arena ini telah dinamakan semula kepada Arena Bercy pada 1 Januari 2015. Setelah hak penamaannya dimiliki oleh AccorHotels, namanya telah diubah kepada Arena AccorHotels Arena pada Oktober 2015,[5] dan kepada Arena Accor pada Jun 2020.[6][7]

Pada 24 Januari 2020, arena ini menganjurkan sebuah perlawanan musim biasa NBA antara Milwaukee Bucks dan Charlotte Hornets. Stadium ini juga mengadakan beberapa perlawanan (termasuk perlawanan akhir) EuroBasket Wanita 2021 yang dianjurkan di Perancis dan Sepanyol. Arena ini akan mengajurkan acara gimnastik dan bola keranjang pada Sukan Olimpik 2024 dan bola keranjang kerusi roda pada Sukan Paralimpik 2024.

RujukanSunting

  1. ^ "A-ha diary 1984 - now".
  2. ^ "Stay on These Roads Tour 1988 – 1989 | a-ha live".
  3. ^ 1996 Final Four: Victory comes to Greece and the Greens Diarkibkan 12 Oktober 2007 di Wayback Machine
  4. ^ Arrivé, Paul (28 Jun 2017). "eSport - League of Legends : les finales LCS à l'AccorHotels Arena de Paris". L'Équipe (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2017-06-28.
  5. ^ "AccorHotels Acquires Naming Rights for Bercy Arena in Paris". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-09. Dicapai pada 2015-10-12.
  6. ^ "Accor Arena". Accor Arena (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 2 June 2020.
  7. ^ AccorHotels Arena devient AccorArena [AccorHotels Arena becomes AccorArena]. YouTube (dalam bahasa Perancis). 24 Mei 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-11-18. Dicapai pada 2 Jun 2020.

Pautan luarSunting