Arena Lieya atau nama penuhnya Arena Wan Mun - Yi binti Iman Wan atau nama popularnya Arena Iman atau Arena Wan (lahir 16 Disember 1999) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang baru mencungkil bakatnya daripada rancangan realiti Pencarian Dewi Remaja 2018/2019.Arena Wan semakin popular menerusi siaran Astro Ceria yang berjudul SMK (musim 2) dan beliau turut memegang watak Suhaila dalam Jujurlah Nikahi Aku hingga kini meledak menerusi drama yang terpanjang di Slot Tiara Astro Prima berjudul Hati Yang Dikhianati yang beradaptasi versi asal Venezuela (Mis Tres Hermanas/My 3 Sisters) dengan memegang watak Batrisya iaitu Baby.

Arena Lieya
Kelahiran
Arena Wan Mun-Yi Iman Wan

(1999-12-16) 16 Disember 1999 (umur 24)
StatusSingle
WarganegaraMalaysia
Nama lainArena Wan atau Arena Iman
PekerjaanModel,pelakon,penyanyi
Tahun aktif2018–Kini
IbuNorhaida Hassan (umur 48)
BapaIman Wan Tuck Meng (umur 55)
SaudaraAra Wan (adik)
Adam Wan (adik)
AnugerahMendapat gelaran Dewi Favourite (Dewi Remaja 2018/2019)

Kehidupan peribadi sunting

Menurut Iman Wan (ayah Arena Lieya), Adam Wan disahkan menghidap ASD dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder) sejak Adam berusia dua tahun enam bulan."Selepas dua tahun Adam disahkan menghidap autisme, sejak itu kami mula merasakan perubahan dalam rutin harian kami. Kami mula rasa tertekan untuk berdepan dengan dugaan yang kami hadapi.Arena Lieya iaitu (kakak sulung) dan Ara Wan (adik) terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dalam proses penjagaan Adam.

Filemografi sunting

1. "SMK (musim 2)" (2020) sebagai Lisa Kim

2. "Jujurlah Nikahi Aku" (2020) sebagai Suzaila

3. "Hati Yang Dikhianati" (2021) sebagai Batrisya (Baby)

4. "She Was Pretty" (2022) sebagai Aria Bakri

5. "Kau vs Aku" (2022) sebagai Syafiqah

6. "SuperWira" (2023) sebagai Irena

Anugerah dan Pencapaian sunting

  • Mendapat gelaran (Dewi Favourite) dalam Dewi Remaja 2018-2019.

Rujukan sunting

1. ^ "Bukan Mudah Jaga Anak Autisme" -Luahan Ayah Arena (Iman Wan).astroawani.com.Dicapai 31 Mac 2018.

2. ^ Biodata Arena Lieya Dewi Remaja Malaysia 2018/2019 fiksyenshasha.com.Dicapai 22 November 2018.

3. ^ Biodata Arena Lieya (Arena Wan) Pelakon Drama Hati Yang Dikhianati Iluminasi.com. Dicapai 15 April 2021.

Pautan Luar sunting