Arena pertarungan atas talian multipemain

Arena pertarungan atas talian multipemain (MOBA) atau dikenali sebagai strategi masa sebenar aksi ialah sejenis permainan video strategi yang berasal daripada jenis strategi masa sebenar, dan pemainnya mengawal 1 watak dalam kumpulan yang bersaing dengan kumpulan pemain lain.

Peta biasa dalam permainan MOBA.

Asal usul jenis permainan ini dapat dijejaki beberapa dekad sebelum masa kini ke salah 1 daripada permainan strategi masa sebenar yang terawal, iaitu permainan Herzog Zwei oleh Sega Mega Drive/Genesis 1989.[1][2] Terdapat 2 kumpulan berlawanan dan matlamat setiap kumpulan secara umumnya adalah untuk menghapuskan pusat utama musuh mereka untuk menang, walaupun beberapa permainan boleh mempunyai syarat kemenangan berbeza. Dalam kebanyakan MOBA, pemain memainkan peranan terperinci seperti pengangkat, penyokong dan penyerang hendap.

Rujukan sunting

  1. ^ Greg Lockley (3 June 2014), MOBA: The story so far Diarkibkan 27 April 2017 di Wayback Machine, MCV
  2. ^ Andrew Groen (7 March 2012), Ask GR Anything: What's a MOBA? Diarkibkan 30 Jun 2017 di Wayback Machine, GamesRadar