Areopagitica; A speech of Mr. John Milton for the Liberty of Unlicenc’d Printing, to the Parlament of England ("Areopagitica; Ucapan Tuan John Milton buat Kebebasan Mencetak, kepada parlimen England") ialah risalah polemik prosa yang ditulis John Milton, pemuisi dan penulis polemik berbangsa Inggeris, yang menentang pelesanan dan penapisan. Areopagitica ialah antara penulisan falsafah yang mempertahankan kebebasan bersuara yang amat berpengaruh serta kuat dalam sejarah. Risalah ini dianggap satu daripada penulisan yang mempertahankan kebebasan akhbar yang paling petah disebabkan banyak daripada prinsip-prinsip yang tersurat dalamnya menjadi asas justifikasi buat hak bersuara.

Halaman pertama Areopagitica edisi tahun 1644

Areopagitica diterbitkan pada 23 November 1644, semasa kemuncak Perang Saudara England.