Arfalie Fikrie Razali

Arfalie Fikrie Razali ialah seorang pelakon suara lahir 1993 yang dikenali sebagai suara bahasa Melayu bagi watak utama dalam siri animasi Jepun Crayon Shin-chan. Dia mula terlibat dalam bidang alih suara (dan juga penggayaan watak Shin-chan) sejak tahun 2003 hingga 2008. sunting

Fikrie merupakan anak saudara kepada Zairani Sarbini yang juga terlibat dalam bidang alih suara dalam studio yang sama (Filem Karya Nusa).

Arfalie Fikrie Razali ialah seorang pelakon suara lahir pada 22 Mei 1993 yang dikenali sebagai suara bahasa Malaysia bagi watak utama dalam siri animasi Jepun Crayon Shin-chan. Dia mula terlibat dalam bidang alih suara (dan juga penggayaan watak Shin-chan) sejak tahun 2003[1] hingga 2008.

Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur . Merupakan anak kepada Razali Yusuf dan Norliyaton Sarbini.Beliau juga adalah anak saudara kepada Alih Suara berpengalaman Zairaini Sarbini . Adik beliau Ahnaf Fakhrullah Razali merupakan alih suara bagi watak Ben Tennyson di dalam siri kartun terkenal Ben 10 . Mendapat pendidikan awal di Tadika St Ronan . Beliau kemudian meneruskan persekolahannya di sekolah La Salle Sentul (2).Di sekolah ini lah beliau mula menceburi bidang alih suara pada ketika umur beliau 10 tahun . Beliau membawakan watak Shin Chan dalam animasi Crayon Shin Chan dan juga membawa watak Diego di dalam animasi Go Diego Go . Beliau menerima pendidikan sehingga tahun 6 dan kemudian mendapatkan pendidikan beliau di peringkat sekolah menengah di SMK Wangsa Maju Zon R1 . Selepas PMR atau pada tahun 2008 , beliau berpindah ke SM Teknik Port Dickson . Kerana itu beliau terpaksa berhenti mengalih suara dan mementingkan pelajaran demi masa depan beliau . Akan tetapi, Beliau tidak berada lama di SM Teknik Port Dickson kerana masalah peribadi . Beliau berpindah semula di KL . Berpindah ke sekolah SM Teknik ERT Setapak . Di situlah tempat beliau menerima ilmu hingga tamat SPM .

Pada tahun 2011 , Beliau meneruskan pelajaran ke Universiti Selangor mengambil jurusan Pengurusan Industri Sukan .

Peranan sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting