Argus Filch adalah watak rekaan sebagai penjaga sekolah Hogwarts dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Walaupun dia bukan watak jahat, dia adalah seorang yang berwatakan cepat marah dan tegas, sehingga sangat tidak popular di kalangan pelajar. Filch adalah seorang penjaga sangat mengkongkong, seperti larangan berada di luar asrama pada malam hari, yang membuat pelajar tidak selesa. Tiada seorang pun yang mengetahui jalan-jalan rahsia dan pintas di Hogwarts seperti Filch (kecuali James Potter dan kawan-kawannya ('Penjarah') dan Fred dan George Weasley). Filch adalah musuh hantu Peeves dan mereka-mereka yang berlaku ganjil.

Watak Harry Potter
Argus Filch
David Bradley sebagai Argus Filch
Argus Filch
Jantina Lelaki
Warna rambut Kelabu
Warna mata Kelabu seperti lampu
Keturunan Squibs
Berpihak kepada Hogwarts, walaupun dia menunjukkan kesetiaan kepada pekerja Kementerian Sihir, Dolores Umbridge
Dilakonkan oleh David Bradley

Filch sering memanggil kucing peliharaannya, Puan Norris, dengan panggilan "sayang". Manakala bagi kebanyakan pelajar, "impian terbesar adalah menendang kucing itu". Jika Puan Norris mendapati seorang pelajar melanggar peraturan, Filch akan segera tiba beberapa saat kemudian. Puan Norris juga diketahui sering mengikuti Hagrid ke mana-mana di sekolah, yang secara terang atas suruhan Filch - hal yang menunjukkan hubungan yang luar biasa antara si kucing dan pemiliknya.

Etimologi sunting

Nama "Argus" berasal dari mitologi Yunani, iaitu nama seorang raksasa dengan seratus mata yang melayani dewi Hera sebagai penjaga (hampir seperti tugas Filch menjaga Hogwarts). Beberapa versi mitologi ini, Argus digambarkan hanya memiliki empat mata, bukan seratus, hampir seperti Puan Norris yang sepertinya memiliki hubungan fizikal dengan Filch, seakan-akan mereka masing-masing mempunyai dua pasang mata. Nama belakang "Filch" adalah perkataan dalam bahasa Inggeris yang bermaksud "mencuri (secara kecil-kecilan)". Nama kucingnya, "Puan Norris" berasal dari novel karya Jane Austen Mansfield Park[1]. Dalam karya Austen, Puan Norris adalah seorang watak yang suka masuk campur, yang membuat hidup watak utamanya, Fanny Price, menjadi susah (walaupun Makcik Norris dalam novel Austen lebih mirip dengan Petunia Dursley berbanding kucing Filch).

Filch diperankan oleh David Bradley dalam filem-filem Harry Potter. Adakala, disebalik penampilannya yang menjengkelkan dan membuatkan penonton serta wata berasa saspen, dia turut menjadi bahan gelak dalam filem.

Templat:Spoiler

 
Filch dan kucingnya, Puan Norris

Selama bertahun-tahun Filch telah berusaha untuk menghidupkan kembali hukuman lama, antaranya, pelajar dapat dihukum digantung pada ibu jari mereka di ruangan bawah tanah selama berhari-hari, hukuman rotan, dan lain-lain. Dalam buku kelima, ketika Dolores Umbridge mengambil alih tampuk kepimpinan Hogwarts, Filch hampir mendapatkan keinginannya itu melalui Dekri Pendidikan Nombor Dua Puluh Sembilan. Filch menggelar Umbridge sebagai "yang terbaik yang pernah wujud di Hogwarts," dan menjadi satu-satunya staf Hogwarts yang berada di sisi Umbridge. Ketika Fred dan George Weasley melepaskan bunga api buatan mereka sendiri, Weasleys' Wildfire Whiz-bangs, ke seluruh koridor sekolah, hanya Filch saja yang satu-satunya menemani Umbridge untuk berusaha menghentikan bunga api tersebut.

Filch terungkap sebagai seorang Squib di Harry Potter dan Bilik Rahsia ketika Harry secara tidak sengaja mendapati Filch sedang mempelajari sihir asas dari sebuah kursus sihir. Ketidakmampuannya melakukan sihir ketika bertugas antara para pelajar yang mempelajari sihir menambahkan lagi kesukaran. Walaupun begitu, Filch dapat mempergunakan alat-alat yang memiliki kekuatan sihir (seperti Pengesan Rahsia dalam Buku 6).

Hubungan antara Filch dan Madam Pince, penjaga perpustakaan, telah ditunjukkan dalam baghagian akhir buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan. Filch turut muncul dalam siri terakhir Harry Potter and the Deathly Hallows apabila dia membantu Puan Pomfrey mengiringi pelajar keluar dari Hogwarts sebelum meletusnya perang.

Pautan luar sunting

Lihat juga sunting

  1. ^ "Transkrip wawancara radio dengan J. K. Rowling di WBUR Radio, 12 Oktober 1999". Dicapai pada 9 April. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)