C1 Ariete
Ariete C1
JenisKereta kebal utama
Tempat asal Itali
Sejarah pengeluaran
Dihasilkan1995 - kini
Spesifikasi
Berat54 tan
Panjang9.67 m (7.59 tanpa meriam)
Lebar3.42 m
Tinggi2.50 m
Krew4

ArmorRahsia, Campuran keluli/komposit
Senjata
pertama
Meriam laras licin 120mm
42 butir peluru (15 butir di dalam kelopak turet dan tambahan 27 butir di dalam kerangka)
Senjata
kedua
Mesingan sepaksi 7.62mm, Mesingan anti udara 7.62mm
2,500 butir
Enjindiesel cas-turbo V-12 FIAT MTCA
1,247 hp (937 kW)
Kuasa/berat23 hp/tan
Sistem ampaiantorsion-bar
Jarak
operasi
550 km
Kelajuan65 km/j (40 mph)


C1 Ariete merupakan kereta kebal utama milik Tentera Darat Itali. Ia telah dibangunkan oleh satu konsortium yang dibentuk oleh IvecoFiat dan Oto Melara. Kerangka dan enjin dikeluarkan oleh Iveco, manakala turet dan sistem kawalan tembakan dikeluarkan oleh Oto Melara. Kenderaaan ini menggunakan sistem kawalan tembakan dan sistem pengimejan digital serta optikal terkini, membolehkan ia bertempur pada waktu siang atau malam dan melepaskan menembak semasa bergerak. Penghantaran pertama telah dilakukan pada tahun 1995, dan terakhir pada 7 tahun kemudian iaitu pada Ogos 2002. Versi tingkat upaya dengan perisai modular, meriam berlaras licin berkaliber 55 mm d pengisi automatik telah dicadangkan pada tahun 2005.

Pembangunan sunting

Pada tahun 1984 syarikat OTOBREDA dan IVECO telah membentuk consortium bagi membangunkan kumpulan kenderaan baru bagi Tentera Itali, pemusnah kereta kebal Centauro (8x8) (qv), kereta kebal utama Ariete dan kenderaan tempur infantry Dardo (qv). OTOBREDA membangunkan kerangka kereta kebal utama dengan IVECO membekalkan pek kuasa dan komponen automotif yang lain. Tentera Itali menempah 200 kereta kebal utama Ariete yang sedang dibina di kemudahan OTOBREDA di La Spezia dengan IVECO membekalkan komponen automotif.

Tatarajah kereta kebal Ariete adalah biasa dengan pemandu di hadapan sebelah kanan, turet berkuasa di tengah dengan komander dan jurumeriam di sebelah kanan dan pemuat di sebelah kiri, dan pek kuasa di belakang.

Sistem kawalan tembakan berkomputer Galileo, yang berkongsikan banyak komponen dengan sistem kawalan tembakan yang telah dipasang pada pemusnah kereta kebal (telah dalam pengeluaran dan perkhidmatan dengan Tentera Itali) termasuk sistem pandang siang/malam dan penetap julat laser.

Komander kereta kebal memiliki pemandang tenggek atas distabil. Meriam laras licin 120mm menggunakan peluru yang sama dengan Leopard 2 dan kereta kebal utama M1A1 / M1A2 dengan sistem dongakan dari -9° hingga +20° dan turet berputar 360° penuh. Persenjataan utama distabilkan sepenuhnya dengan penyingkir wasap, sistem rujukan laras dan sarung haba. Kereta kebal utama Ariete Mk 2 kini sedang dalam pembangunan.

Varasi sunting

Buata masa ini tiada yang diketahui.

Status sunting

Dalam perkhidmatan dengan Tentera Itali.

Pengilang sunting

OTOBREDA, La Spezia, Itali.

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting