Ariff Farhan Isa

Pemain bola sepak Malaysia

Muhammad Ariff Farhan bin Md Isa (lahir 14 Jun 1996 di Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pemain tengah untuk Kedah dalam Liga Super Malaysia. Pemain ini pernah mewakili Harimau Muda A untuk bermain di Liga S. Pada bulan Oktober 2012, dia menjadi pemain termuda beraksi dalam Liga S ketika berumur 16 tahun mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang bekas bintang Young Lions, Hariss Harun.[1]

Ariff Farhan Isa
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhammad Ariff Farhan bin Md Isa
Tarikh lahir (1996-07-14) 14 Julai 1996 (umur 23)
Tempat lahirPokok Sena, Kedah, Malaysia
Ketinggian1.68 m (5 ka ​6 18 in)
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniKedah
Nombor27
Kerjaya remaja
2011–2012Sekolah Sukan Bukit Jalil
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2016–Kedah17(1)
Pasukan kebangsaan
2012–Malaysia B-213(1)
2013–Malaysia B-2310(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 5 Ogos 2017.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 21 Julai 2017

KarierSunting

Mohd Ariff Farhan belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil ketika berumur 13 tahun. Kemudiannya, dia dipilih ke dalam pasukan bola sepak SSBJ untuk pertandingan Piala Presiden Malaysia.

Dia dipilih oleh jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke dalam skuad Malaysia bawah-22 untuk Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013. Dia merupakan pemain termuda dalam pertandingan itu ketika baru berusia 16 tahun.[2][3][4]

Selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam pertandingan itu, dia dimasukkan ke dalam skuad Harimau Muda A untuk beraksi dalam Liga S.[5] Dia membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian ketika perlawanan menentang Balestier Khalsa pada 7 Oktober 2012 menjadikannya pemain termuda untuk beraksi dalam Liga S,[1] dan bermain dalam kesebelasan utama pada 2 November dimana Tampines Rovers menewaskan Harimau Muda A untuk mengesahkan kejuaraan Liga S mereka.[6]

Karier antarabangsaSunting

Mohd Ariff Farhan membuat penampilan sulung antarabangsa untuk pasukan Malaysia bawah-22 dalam Kelayakan Piala Asia B-22 AFC 2013 dan Piala SCTV 2012.[7]

RujukanSunting

  1. ^ a b Koh, Gary (7 October 2012). "Malaysians master Yishun pitch to tame Tigers". S.League. Dicapai pada 4 November 2012.
  2. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ariffberpotensijadibintangbaru/Article/index_html
  3. ^ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/NazmicetussemangatArif/Article/artikelMA
  4. ^ http://www.espnstar.my/bola-sepak/berita/detail/item803762/OKS-mahu-berikan-pemain-baru-peluang/
  5. ^ http://www.nst.com.my/sports/soccer/kim-swee-keeps-faith-in-kenny-1.158999
  6. ^ http://www.espnstar.com/football/sleague/news/detail/item883538/Stags-beat-Harimau-to-win-S-League/
  7. ^ http://www.sinarharian.com.my/arena-bolasepak/liga-lain/newspaper-cup-harimau-muda-atasi-laos-4-2-1.94327