Datuk Arifin Jaka (15 September 1939 - 29 Disember 2011) adalah bekas hakim Mahkamah Rayuan Malaysia.[1]

Pada tahun 2000, beliau adalah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.[2]

Latar belakang sunting

Datuk Arifin dilahirkan pada 15 September 1959 di Rembau, Negeri Sembilan.

Beliau belajar jurusan undang-undang di Lincoln Inn, London. Beliau bermula sebagai hakim di Mahkamah Sesyen pada 1970 dan menjadi hakim Mahkamah Rayuan pada 2003. Setahun kemudian beliau bersara.

Beliau berkahwin dengan Datin Maznah dan dikurniakan tiga anak; dua anak lelaki dan seorang nak perempuan.

Meninggal dunia sunting

Pada 29 Disember 2011, beliau meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi. Beliau dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya selepas solat Zohor, selepas disolatkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Rujukan sunting