Aril (botani)

Aril adalah suatu bentuk pertumbuhan tambahan dari hilum atau funiculus (pusar biji) yang menutupi permukaan luar sesuatu biji tumbuhan. Istilah ini kadang-kadang juga diterapkan kepada jaringan penebalan atau tambahan cangkerang biji, seperti pada bahagian yang dimakan dari buah manggis, rambutan, atau delima, atau fuli pada buah pala.

Biji-biji buah delima yang dikandung dalam isi merah, isi inillah disebut "aril".

Bahagian ini sering kali dianggap sebagai bahagian buah, seperti yang dijumpai pada rambutan dan tumbuhan serumpunnya seperti kelengkeng dan laici. Bahagian yang dimakan biasanya adalah perikarpium atau mesokarpium, yang merupakan bahagian buah. Salut biji yang demikian ini juga dijumpai pada beberapa anggota tumbuhan konifer, khususnya dari keluarga Taxus dan beberapa rumpun dekatnya.