Ario Bayu (lahir 6 Februari 1985) merupakan seorang pelakon lelaki Indonesia. Beliau terkenal dengan peranannya dalam Dead Time: Kala sebagai Eros, Dead Mine sebagai Kapten Tino, dan dalam Java Heat sebagai Leftenan Hashim.

Ario Bayu
KelahiranArio Bayu Wicaksono
(1985-02-06) 6 Februari 1985 (umur 35)
Jakarta, Indonesia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2004–kini
PasanganValentine Payen (k. 2017)

BiografiSunting

Dilahirkan di Jakarta kepada ibu bapa Jawa, Ario Bayu menghabiskan hampir semua tahun pembentukannya di kota Hamilton, New Zealand, di mana bapanya belajar dan kemudian masuk ke dalam perniagaan. beliau kembali ke Indonesia pada tahun 2004 dengan niat untuk meneruskan cita-cita akting dan muziknya.[1]

Beliau belajar di Globe Theatre di London.

Ario menjayakan watak detektif[2] dalam Dead Time: Kala, filem penghargaan pertama Indonesia untuk filem noir yang memenangi ulasan sambutan daripada pengkritik, yang diarahkan oleh Joko Anwar.

Pada 2013, Ario berlakon bersama pelakon Hollywood, Joan Chen dalam Serangoon Road.[3]

Dalam Java Heat, Ario berlakon bersama Kellan Lutz dan penerima Oscar Mickey Rourke.[4]

Dalam filem Soekarno: Indonesia Merdeka, Ario memegang watak sebagai Presiden Indonesia pertama, Sukarno.[5]

Beliau berlakon dalam filem aksi Malaysia, Crossroads: One, Two, Jaga arahan Namron lakonan Zahiril Adzim dan Amerul Affendi.[6]

FilemografiSunting

  • Crossroads: One, Two, Jaga (2018)
  • 22 Menit (2018)
  • Headshot (2016)
  • Ada Apa dengan Cinta? 2 (2016)
  • A Copy of My Mind (2015)
  • Soekarno: Indonesia Merdeka (2013)
  • Serangoon Road (2013)
  • Java Heat (2013)
  • Dead Mine (2013)
  • Catatan (Harian) si Boy (2011)
  • Dilema (2011)
  • Darah Garuda – Merah putih II (2010)
  • Macabre (2009)
  • The Forbidden Door (2009)
  • Drupadi (2008)
  • The Tarix Jabrix (2008)
  • In the Name of Love (2008)
  • Dead Time: Kala (2007)
  • Pesan Dari Surga (2006)
  • Belahan Jiwa (2005)
  • Bangsal 13 (2004)

RujukanSunting

  1. ^ "He's Got the Look - The Jakarta Post". thejakartapost.com. 20 June 2013. Diarkib daripada yang asal pada 20 June 2013. Dicapai pada 6 January 2018. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  2. ^ AFFD Review: KALA aka DEAD TIME | Twitch. Twitchfilm.com (19 August 2008).
  3. ^ HBO Asia Original Series ‘Serangoon Road’ Adds Cast. The Hollywood Reporter (24 January 2013).
  4. ^ Java Heat – Movie Trailers – iTunes. Trailers.apple.com.
  5. ^ Suhendra, Ichsan (14 September 2013). "Rachmawati Tolak Film Soekarno: Indonesia Merdeka". Kompas. Dicapai pada 4 November 2013.
  6. ^ "Ario Bayu Akan Beradu Akting Dengan Dua Aktor Malaysia Yang Telah Beberapa Kali Bermain Di Film Indonesia". Wowkeren. 9 Ogos 2018. Dicapai pada 16 Ogos 2018. Tanda italik atau tebal tidak dibenarkan dalam: |publisher= (bantuan)

Pautan luarSunting