Arish
Arish atau Al-Arīsh (Arab: العريش al-ʿArīš sebutan Arab Mesir: [elʕæˈɾiːʃ]) merupakan ibu kota dan bandar terbesar (dengan 114,900 orang penduduk setakat 2002[kemas kini]) bagi Wilayah Sinai Utara, dan juga bandar yang terbesar di seluruh Semenanjung Sinai, terletak di persisiran Mediterranean, 344 kilometer (214 bt) timur laut Kaherah. Arish dikenali dengan airnya yang membiru, pepohon pelepah yang menghiasi pantaiunya, dan pasirnya yang memutih. Arish turut memiliki marina, dan hotel-hotel mewah. Bandar ini juga turut terdapat beberapa fakulti untu Universiti Terusan Suez.
Al Arish العريش | |
---|---|
![]() Arish, 1916 | |
Negara | ![]() |
Wilayah | Sinai Utara |
Ketinggian | 32 m (105 ft) |
Penduduk (2012) | |
• Jumlah | 164,830 |
Zon waktu | UTC+2 (EST) |
Kod kawasan | (+20) 68 |
Arish mempunyai wadi yang berhampiran, Wadi Al Arish, yang menerima air banjir kilat dari utara dan tengah Sinai. Taman negara Azzaraniq terletak di bahagian timur Arish.[1]
SejarahSunting
Bandar ini mula tumbuh sekitar penempatan Badwi berhampiran kota kara Rhinocolura semasa zaman Dinasti Ptolemy. Pada Zaman Pertengahan, para penziarah menyalah anggap tempat itu ialah Sukkot seperti yang dirujuk dalam Bible. ʻArīsh bermaksud "pondok pelepah" dalam Sastera Arab.
Kubu baru dibangun di kawasan asal oleh Empayar Uthmaniyyah pada 1560. Semasa Perang Napoleon, Perancis melalukan kepungan pada kubu tersebut yang akhirnya tupas selepas 11 hari iaitu pada 19 Februari 1799. Ketika Perang Dunia I, kubu tersebut dimusnahkan oleh pengebom British. Ia kemudiannya menjadi Hospital Stesen ke 45 untuk merawat kecederaan semasa perang Palestin. Mereka yang mati di situ kemudiannya dikebumikan di Perkuburan Kantara Cemetery.
GeografiSunting
Arish terletak di utara Semenanjung Sinai dan lebih kurang 50 kilometer (31 bt) dari sempadan Rafah menuju ke Tebing Gaza.[2]
Arish penempatan terbesar yang paling hampir dengan Tasik Bardawil.
PengangkutanSunting
Bandar ini mempunyai Lapangan Terbang Antarabangsa Al Arish. Pembinaan lebuh raya pantai timur laut Mesir (bahagian Sinai Utara) dijangka siap pada 2008 yang menghubungkan El-Qantarah di Terusan Suez (di barat) ke sempadan tebing Gaza dengan melalui Arish. Landasan kereta api dari Kaherah juga sedang dalam pembinaan semula dan kini ia merentangi hingga "zon Ser dan Qawarir" di barat Arish. Laluan ini dahulunya ialah Landasan Kereta Api Palestin yang dibina semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua untuk menghubungkan Mesir dan Turki. Laluan landasan ini terputus semasa pembentukan Israel. Sinai Utara menjadi satu pencapaian bagi perangan kerajaan Mesir yang mengagihkan penduduk yang terlalu padat di Delta, dan ia dijangka dapat dicapai dengan projek pengakutan dan pengairan supaya 3 juta rakyat Mesir dapat menetap di Sinai Utara.
IklimSunting
Sistem pengelasan iklim Köppen-Geiger mengelaskan iklimnya sebagai gurun panas (BWh). Namun, tiupan angin Mediterranean sepanjang masa menyederhanakan suhunya, seperti pantai utara Mesir yang lain.
Suhu tertinggi yang pernah direkod ialah 45 °C (113 °F), direkod pada 29 Mei 2003, manakala suhu terendah ialah −6 °C (21 °F), direkod pada 8 Januari 1994.[3]
Data iklim untuk Arish | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Rekod tertinggi °C (°F) | 30 (86) |
37 (99) |
40 (104) |
44 (111) |
45 (113) |
44 (111) |
44 (111) |
43 (109) |
43 (109) |
42 (108) |
36 (97) |
31 (88) |
45 (113) |
Purata tinggi °C (°F) | 18.8 (65.8) |
19.3 (66.7) |
21.3 (70.3) |
25.4 (77.7) |
27.6 (81.7) |
30.4 (86.7) |
31.6 (88.9) |
29.3 (84.7) |
30.2 (86.4) |
28.2 (82.8) |
24.8 (76.6) |
20.5 (68.9) |
25.62 (78.12) |
Min harian °C (°F) | 12.6 (54.7) |
13.1 (55.6) |
15 (59) |
18.4 (65.1) |
21 (70) |
24.3 (75.7) |
26 (79) |
26.2 (79.2) |
24.4 (75.9) |
21.8 (71.2) |
17.7 (63.9) |
13.9 (57) |
19.53 (67.15) |
Purata rendah °C (°F) | 7.6 (45.7) |
7.9 (46.2) |
9.3 (48.7) |
12.1 (53.8) |
14.5 (58.1) |
17.8 (64) |
20.2 (68.4) |
19.1 (66.4) |
19.3 (66.7) |
16.3 (61.3) |
12 (54) |
8.9 (48) |
13.75 (56.75) |
Rekod terendah °C (°F) | -6 (21) |
0 (32) |
1 (34) |
6 (43) |
8 (46) |
8 (46) |
14 (57) |
17 (63) |
12 (54) |
10 (50) |
0 (32) |
1 (34) |
−6 (21) |
Kerpasan mm (inci) | 28 (1.1) |
16 (0.63) |
13 (0.51) |
11 (0.43) |
1 (0.04) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
0 (0) |
6 (0.24) |
9 (0.35) |
22 (0.87) |
106 (4.17) |
% Kelembapan | 71 | 70 | 71 | 67 | 68 | 68 | 70 | 71 | 73 | 72 | 70 | 72 | 70.25 |
Sumber #1: Climate Charts[4] | |||||||||||||
Sumber #2: Voodoo Skies for record temperatures[3] |
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ Arish. Britannica.com
- ^ "Palestinian airline resumes flights." Agence France-Presse with the Khaleej Times. 10 May 2012. Retrieved on 10 May 2012.
- ^ a b "Al Arish, Egypt". Voodoo Skies. 13 August 2013.
- ^ "Al Arish, Egypt: Climate, Global Warming, and Daylight Charts and Data". Climate Charts. Dicapai pada 8 July 2013.
Pautan LuarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Arish |
- Data taburan hujan "Falling Rain Genomics, Inc." - Al `Arish, Egypt
Rencana berkenaan Mesir ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Rencana lokasi di Mesir ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |