Aritmetik permulaan

Aritmetik permulaan ialah jenis matematik yang paling asas. Ia melibatkan operasi penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Aritmetik permulaan biasanya diajar di sekolah rendah.

Pengajaran Artimetik permulaan bermula dengan nombor asli dan angka Arab. Ia memerlukan hafalan jadual penambahan dan jadual pendaraban untuk menambah dan mendarab pasangan-pasangan nombor digit. Dengan jadual ini, seseorang boleh melakukan beberapa prosedur biasa untuk penambahan dan pendaraban nombor asli. Algoritma yang lain digunakan untuk penolakan dan pembahagian. Aritmetik congak ialah aritmetik permulaan yang dibuat di dalam kepala sahaja, contohnya untuk mengetahui 100 - 37 = 63, tanpa menggunakan bantuan pengiraan seperti kertas, pembaris gelongsor, atau sebuah mesin hitung. Ia merupakan kemahiran yang digunakan dalam aktiviti harian. Tahap congak yang lebih tinggi adalah melibatkan pengiraan nombor-nombor yang sangat besar, tetapi kemahiran ini biasanya tidak diajar di peringkat rendah.

Aritmetik permulaan peringkat lebih tinggi adalah melibatkan pecahan. perpuluhan dan nombor negatif yang diwakili oleh garis nombor.

Hari ini, mesin hitung, mesin daftar tunai dan komputer digunakan untuk pengiraan aritmetik permulaan. Antara alat pengiraan terawal termasuklah pembaris gelongsor (untuk pendaraban, pembahagian, logaritma dan trigonometri), jadual logaritma dan nomograf.

Pada zaman dahulu, sempoa telah digunakan untuk pengiraan aritmetik permulaan, dan ia masih digunakan di banyak negara di Asia. Seorang pengguna mahir boleh membuat pengiraan menggunakan sempoa sepantas mesin hitung.

Pada kurun ke-14, angka Arab telah diperkenalkan di Eropah oleh Leonardo Pisano. Angka-angka ini memudahkan pengiraan operasi matematik yang rumit berbanding pengiraan menggunakan angka Rumi.

Jadual penambahan

+  0  1  2  3  4  5  6  7  8  9
 0  0  1  2  3  4  5  6  7  8  9
 1  1  2  3  4  5  6  7  8  9 10
 2  2  3  4  5  6  7  8  9 10 11
 3  3  4  5  6  7  8  9 10 11 12
 4  4  5  6  7  8  9 10 11 12 13
 5  5  6  7  8  9 10 11 12 13 14
 6  6  7  8  9 10 11 12 13 14 15
 7  7  8  9 10 11 12 13 14 15 16
 8  8  9 10 11 12 13 14 15 16 17
 9  9 10 11 12 13 14 15 16 17 18

Jadual pendaraban

×  0  1  2  3  4  5  6  7  8  9
 0  0  0  0  0  0  0  0  0  0  0
 1  0  1  2  3  4  5  6  7  8  9
 2  0  2  4  6  8 10 12 14 16 18
 3  0  3  6  9 12 15 18 21 24 27
 4  0  4  8 12 16 20 24 28 32 36
 5  0  5 10 15 20 25 30 35 40 45
 6  0  6 12 18 24 30 36 42 48 54
 7  0  7 14 21 28 35 42 49 56 63
 8  0  8 16 24 32 40 48 56 64 72
 9  0  9 18 27 36 45 54 63 72 81

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.