Arked permainan video

Arked permainan video atau pusat hiburan (juga pusat permainan (ゲームセンター, gēmusentā) di Jepun) adalah tempat di mana pengunjung bermain permainan video khusus ditempatkan dalam kabinet berhias khas dilengkap monitor, alat kawalan (selalunya kayu ria) dan butang kawalan video, perkakasan dan perisian komputer, serta mekanisme pembayaran berasaskan wang syiling, token atau kad magnetik. Selain permainan video, arked juga boleh mempunyai permainan lain seperti mesin pinball. Di beberapa negara, beberapa arked permainan video dibenarkan untuk menyediakan mesin perjudian seperti mesin slot atau mesin pachinko.

Pusat hiburan di Malaysia.
GiGO, pusat permainan besar Sega di Tokyo, Jepun.

Arked permainan video mula muncul pada lewat 1970-an dan menjadi paling popular semasa zaman keemasan permainan arked iaitu pada awal 1980-an. Arked permainan video menjadi popular di kalangan kanak-kanak, menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa mengenai gejala ponteng sekolah yang disebabkan oleh arked permainan video. Banyak arked permainan video mula ditutup pada lewat 1990-an, memandangkan teknologi konsol permainan video mula menyaingi dan seterusnya mengatasi keupayaan permainan arked. Walau bagaimanapun, arked permainan video tetap popular di Jepun di mana ia dipanggil sebagai pusat permainan (ゲームセンター).

Pengendali utama mesin arked permainan video

sunting

Lihat juga

sunting