Kaunti Arlington, Virginia

(Dilencongkan dari Arlington, Virginia)

Templat:Infobox U.S. County

Menghadap utara ke arah Pentagon dengan Rosslyn di latar belakang.
Menghadap selatan ke arah latar langit Rosslyn dan Crystal City dari Universiti Georgetown.

Arlington merupakan sebuah kaunti di negeri Virginia, Amerika Syarikat. Ia diasaskan pada 27 Februari 1801 sebagai subbahagian Daerah Columbia yang bernama Kaunti Alexandria. Disebabkan isu-isu yang melibatkan perwakilan Kongres, penghapusan amalan perhambaan, dan kejatuhan ekonomi, Kaunti Alexandria County dan bekas bandar Alexandria diserahkan ke Komanwel Virginia oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1847. Perhimpunan Am Virginia menukar nama kaunti tersebut kepada Arlington pada tahun 1920 supaya dibezakan dengan bandar Alexandria yang juga berada dalam negeri ini.

Kaunti ini terletak di bahagian utara Virginia, di tebing selatan Sungai Potomac terus di seberang dari Washington, D.C. Arlington juga bersempadan dengan Kaunti Fairfax dan Bandaraya Falls Church di barat daya, dan Bandaraya Alexandria di tenggara. Dengan keluasan 26 batu persegi (67 km2), Arlington merupakan kaunti berpemerintahan sendiri yang paling kecil di Amerika Syarikat dan tiada bandar yang diperbadankan dalam sempadannya. Dengan ciri-ciri yang unik ini, untuk tujuan statistik, kaunti ini dianggap sebagai kawasan perbandaran di dalam Kawasan Metropolitan Washington oleh Biro Banci Amerika Syarikat. Pada tahun 2010, Kaunti Arlington diduduki 207,627 orang.

Memandangkan kaunti ini dekat dengan Washington, D.C., di Arlington terletaknya banyak ibu pejabat untuk pelbagai jabatan dan agensi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, termasuklah Pentagon, Jabatan Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat, dan Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (Defense Advanced Research Projects Agency, DARPA). Banyak agensi persekutuan, kontraktor kerajaan, dan industri perkhidmatan yang menyumbang kepada kestabilan ekonomi sehingga ia menjadi salah satu kaunti yang paling tinggi pendapatannya di Amerika Syarikat. Di Arlington juga terletaknya pelbagai tugu peringatan dan muzium negara, termasuk Perkuburan Kebangsaan Arlington, Tugu Peringatan Pentagon, Tugu Peringatan Perang Kor Marin, dan Tugu Peringatan Tentera Udara Amerika Syarikat.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting


Templat:Arlington County, Virginia Templat:Virginia