Arluna ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Emi Suffian terbitan Global Station.Drama ini turut dibintangi oleh Anzalna Nasir, Saharul Ridzwan , Adeline Tsen , Zoey Rahman , Tengku Putri Najuwa dan ramai lagi. Siri ini diadaptasi dari novel tajuk yang sama tulisan Rin Ahmad .Siri ini memulakan tayangan perdana di Astro Prima bermula 8 Mei 2017 bagi menggantikan Papa Ricky .

Arluna
GenreCinta
Drama
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi dari novel Arluna tulisan Rin Ahmad
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Anzalna Nasir
Saharul Ridzwan
Adeline Tsen
Tengku Putri Najuwa
Zoey Rahman
Lagu pembukaan"Cemburu" oleh Nabila Razali
Lagu penutup"Cemburu" oleh Nabila Razali
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16 Episode
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Adilla Dato' Ramly
Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaranIsnin - Jumaat, 6 petang.
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Maya HD
Siaran asal8 Mei 2017 – 29 Mei 2017
Kronologi
MengikutiPapa Ricky
Diikuti olehSemusim Rindu

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?

PelakonSunting

RujukanSunting