Datuk Armani Mahiruddin merupakan wanita negeri Sabah dan ahli politik UMNO Sabah. Armani, 54, mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ke jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada 9 Julai 2009 hingga 21 Disember 2011. Ketua Wanita UMNO Sabah itu pernah dilantik sebagai Senator bagi tempoh dua penggal (20 Disember 2005 - 19 Disember 2008) dan 21 Disember 2008 hingga tarikh dilantik menjadi Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara. Pada 22 Disember 2008, beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh.

Armani adalah bekas guru, juga adalah Exco Wanita UMNO, Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran dan Pengarah Syarikat Lanjut Abadi Sdn Bhd.[1]

Armani diganti oleh Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah. Majlis perpisahan diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.Turut menamatkan perkhidmatan ialah Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi (10 Mac 2009 - 9 Mac 2012), Datuk Fatimah Hamat (23 Disember 2008 - 22 Disember 2011) dan Dr M Malasingam (10 Mac 2009 - 9 Mac 2012).[2]

Rujukan sunting