Armizan Mohd Ali
Datuk Armizan Mohd Ali (lahir 9 September 1976) ialah seorang ahli politik bagi negeri Sabah, Malaysia.
Armizan Mohd Ali PGDK (Sabah), DIMP (Pahang), ADK, JP (Sabah) | |
---|---|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Datuk Wilson Ugak Kumbong |
Didahului oleh | Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Abdul Latiff Ahmad (Tugas-tugas Khas) |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Papar, Sabah | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Hassan |
Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri Sabah | |
Dalam jawatan 2021 – 3 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor |
Naib Ketua Penerangan Badan Pimpinan Negeri Sabah Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 2020 – 10 Disember 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | |
Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia | |
Dalam jawatan 24 April 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Menteri | Rina Mohd Harun |
Setiausaha Eksekutif Badan Pimpinan Negeri Sabah Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 6 April 2019 – 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Armizan bin Mohd Ali 9 September 1976 Kampung Pengalat Besar, Papar, Sabah |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Rafidah @ Marlissa Salleh |
Profesion | Ahli Politik |
Penglibatan politik sunting
Armizan Mohd Ali memulakan penglibatan politik dengan menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar,[1] Exco Pemuda UMNO Malaysia,[2][3] Pengerusi Biro Politik dan Pidato Pemuda UMNO Malaysia[4] dan Pembantu Khas Kepada mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.[5]
Pada tempoh musim kempen Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-14, Beliau telah dilantik sebagai Ketua Sekretariat Manifesto Orang Muda Pemuda BN Sabah.[6]
Namun begitu, beliau telah meninggalkan UMNO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah.
Armizan Mohd Ali menjadi Setiausaha Eksekutif Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 6 April 2019 hingga 2020.[7][8] dan Naib Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 2020 hingga kini[9]
Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Datuk Seri Rina Harun bermula dari 24 April 2020 hingga 16 Ogos 2021.[10]
Armizan Mohd Ali juga merupakan mantan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor.[11]
Pada 3 Disember 2022, beliau telah dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.[12]
Kerjaya korporat sunting
Armizan Mohd Ali merupakan Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Sabah Berhad.[13]
Penglibatan persatuan sunting
Armizan Mohd Ali aktif dalam program kebajikan dan kemasyarakatan sejak memegang beberapa jawatan antaranya ialah;
- Timbalan Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS)[18]
- Pengarah Biro Tatanegara (BTN) Sabah[19][20]
Anugerah sunting
- Pahang Darul Makmur:
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) - Dato' (2016)[21]
- Sabah:
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2022)[22]
- Ahli Darjah Kinabalu (ADK) - (2008)[23]
- Jaksa Pendamai - (2010)[24]
Rujukan sunting
- ^ "Public urged not to speculate on RM1.5 billion graft probe in Sabah". www.nst.com.my.
- ^ "Keputusan penuh pemilihan pergerakan pemuda UMNO Pusat". www.nst.com.my.
- ^ "Tindakan SPRM berhubung penyelewengan dana Sabah wajar dialu-alukan". www.themalaysianinsight.com.
- ^ "Khairy: Exco Pemuda turut diisi dua profesional muda". www.astroawani.com.
- ^ "Blow to son's wedding plans". www.thestar.com.my.
- ^ "Dakwaan biasiswa pelajar dikurangkan satu penipuan - Pemuda BN Sabah". pru14.bernama.com.
- ^ "25 Ketua Penaja PBBM Sabah". www.pressreader.com.
- ^ "Sertai Bersatu". www.pressreader.com.
- ^ "Kemenangan PRN Sabah sukar diramal". www.sinarharian.com.my.
- ^ "25 setiausaha politik menteri angkat sumpah". m.malaysiakini.com.
- ^ "Ketua Menteri Sabah dalam perbincangan dengan Petronas". wartaoriental.com.
- ^ "Kabinet: Anwar umum Zahid, Fadillah Timbalan PM". www.hmetro.com.my.
- ^ "Board of directors". qhazanahsabah.com.my.
- ^ "Pasukan pengalat diki julang piala parlimen papar". suarasabahtoday.com.
- ^ "save gaza jadi tema pilihan pertandingan bersusul". www.utusan.com.my.
- ^ "Edar borang pemohonan vaksin dan sampaikan bakul makanan – Setiakawan Sabah". suarasabahtoday.com.
- ^ "NGO bantu anak - anak membeli belah". suarasabahtoday.com.
- ^ "hajiji pengerusi mesyuarat AMT PRBSS". www.utusanborneo.com.my.
- ^ "Jangan terlalu bersikap kenegerian". www.bharian.com.my.
- ^ "Teks Ucapan Alu-aluan" (PDF). eprints.ums.edu.my.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Bintang Dan Pingat". www.istadatistana-gov.site.
- ^ "Azam Baki ketuai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan Sabah esok". wartaoriental.com.
- ^ "Warta Kerajaan Keluaran Khas". www.yumpu.com.
- ^ "Muhyiddin heads Sabah honours list". www.theborneopost.com.