Arnab Easter merupakan watak berupa arnab yang membawa telur Easter. Mengikut legenda, makhluk ini membawakan bakul berisi telur berwarna-warni, gula-gula dan mainan kepada kanak-kanak di rumah pada malam Easter (atau Paska). Arnab Easter akan meletakkan bakul di tempat yang tertentu, ataupun menyorokkanny dalam rumah atau halaman supaya kanak-kanak boleh mencarinya sebaik sahaja bangun pada waktu pagi.

Poskad 1907
Arnab dan telur

Arnab Easter merupakan padanan kepada watak Santa Claus pada musim Krismas kerana mereka berdua membawakan hadiah kepada kanak-kanak pada malam sebelum perayaan masing-masing. Arnab Easter mula-mula disebut dalam De ovis paschalibus (Tentang Telur Easter) oleh Georg Franck von Frankenau[1] yang menyebut tentang tradisi Alsace mengenai seekor Arnab Easter yang membawa telur Easter (dan akibat buruk daripada terlalu banyak makan telur).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Weiser Antiquarian Books - Catalog". www.weiserantiquarian.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-06. Dicapai pada 2010-10-17.

Templat:Easter