Arnab Eropah (Oryctolagus cuniculus) ialah satu spesies arnab yang berasal dari Eropah Barat Daya (Sepanyol dan Portugal). Arnab Eropah dikenali kerana kebolehan menggali serangkaian sarang bawah tanah untuk meluangkan masa ketika tidak makan.

Arnab Eropah
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Oryctolagus

Spesies:
O. cuniculus
Nama binomial
Oryctolagus cuniculus
Range map

Populasi arnab Eropah di habitat asalnya makin merosot (kesan penyakit miksomatosis dan kalisivirus arnab, serta pemburuan berlebihan dan kemusnahan habitat) turut menyebabkan berkurangnya juga pemangsa yang amat bergantung padanya, iaitu Links Iberia dan Helang Maharaja Sepanyol. Pada tahun 2008, Arnab Eropah dikelaskan semula oleh IUCN sebagai "Hampir Terancam" di taburan aslinya ekoran kemerosotan ini.[2]

Walau bagaimanapun, nasib arnab Eropah terbela apabila dijinakkan dan dibawa ke seluruh dunia sebagai haiwan belaan atau ternakan. Akan tetapi, arnab Eropah juga digeruni sebagai spesies invasif yang dilepaskan ke merata dunia, sehingga mendatangkan mudarat kepada alam sekitar dan ekosistem setempat. Australia paling banyak berdepan dengan masalah kebanjiran Arnab Eropah, kerana di situ tiadanya pemangsa bagi arnab ini.

Rujukan sunting

  1. ^ Lagomorph Specialist Group (2008). Oryctolagus cuniculus. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 2009-25-03.
  2. ^ Senarai merah IUCN 2008 terdapat di http://www.iucnredlist.org/apps/redlist/details/41291/0/full

Pautan luar sunting

  • Reversing Rabbit Decline, laporan 2005 mengenai usaha memulihara arnab di Sepanyol dan Portugal, disokong oleh Kumpulan Pakar Lagomorfa dan Kucing IUCN