Arnott's Biscuits Limited ialah pengeluar biskut terbesar di Australia dan pengeksport makanan ringan terbesar kedua.[4][5] Syarikat ekuiti swasta Amerika Kohlberg Kravis Roberts (KKR) membeli Arnott's dari Campbell Soup Company pada tahun 2019.[6][7]

Arnott's Biscuits Limited
Jenis/bentuk sahHak milik berhad
IndustriBiskut
Makanan ringan
Ditubuhkan1865
PengasasWilliam Arnott Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabat24 George Street, North Strathfield, Sydney, New South Wales, Australia
KeluaranSAO
Jatz
Shapes
Tim Tam
Iced Vovo
Tiny Teddies
Monte Carlo
Venetian
Wagon Wheels
HasilAU$1,04 juta[1] (2018)
Bilangan kakitangan4.300+[2]
Syarikat indukKKR (2019–kini)[3]
Anak syarikatSnack Foods Limited Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.arnotts.com/
Twitter: ArnottsBikkies Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

 
Pengasas Arnott's William Arnott
 
Tin biskuit yang dipmerikan di salah satu muzium di Young, New South Wales

Pada tahun 1847, seorang pendatang Scotland William Arnott membuka kedai roti di Morpeth, New South Wales. Kemudian pada tahun 1865 beliau berpindah ke kedai roti di Hunter Street, Newcastle, New South Wales, menyediakan biskut dan kuih untuk penduduk bandaf dan kapal yang berlabuh di pelabuhan setempat.[8] Sehingga 1975 syarikat berada di bawah kawalan keluarga dengan keturunan William Arnott, termasuk Halse Rogers Arnott dan Geoffrey H. Arnott, yang berkhidmat sebagai Pengerusi. Anak saudaranya, Aaron Arnott memilih untuk tidak terlibat dalam perniagaan keluarga dan tinggal di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

Arnott's, yang sama dengan majoriti pengeluar biskuit Australia, beroperasi terutama di negeri asalnya, New South Wales, tetapi memiliki kilang di Virginia, Queensland (hanya menghasilkan biskuit tawar, krim, dan sedap) dan Shepparton, Victoria. Pada tahun 1949, Arnott's bergabung dengan Morrows Pty Ltd, pengeluar biskuit dari Brisbane, membentuk William Arnotts, Morrow Pty Ltd.[9] Pada tahun 1960-an, penggabungan dan pemerolehan di pasaran Australia membawa kepada penubuhan Australian Biscuit Company Pty Ltd. Ini termasuk Arnotts dan syarikat lain seperti Brockhoff Biscuits, Arnott-Motteram dan Menz di Australia Selatan, dan Guest's Biscuits di Victoria, serta Mills and Ware Ltd di Australia Barat. Australian Biscuit Company kemudian bertukar nama kepada Arnott's Biscuits Pty Ltd. Kepelbagaian serantau ini dipertahankan setelah penggabungan, seperti Menz Yo-Yo, Brockhoff Salada dan Guest's Teddy Bears.

Pada tahun 1997, Arnott's Biscuits menjadi sasaran pemerasan oleh warga Queensland Joy Ellen Thomas, berusia 72 tahun,[10] yang disyaki mengancam akan meracuni paket biskut Monte Carlo buatan Arnott's di Australia Selatan dan Victoria. Syarikat iu melakukan penarikan besar-besaran dan kempen publisiti, menerbitkan ancaman dan tuntutan pemeras itu dalam iklan akhbar satu halaman penuh.[11] Namun, Thomas tidak didakwa dengan pelanggaran apapun kerana pendakwa raya membatalkan kesnya kerana bukti yang bertentangan.[12] Penarikan kembali itu menyebabkan syarikat kerugian sebamyak A$22 juta, tetapi Arnott's dipuji kerana keterbukaan dan kejujurannya dalam menghadapi krisis.[13]

 
Iklan Arnott's tahun 1932

Pada tahun 1997, Campbell Soup Company dari Amerika Utara, pemegang saham Arnott's sejak 1980-an, memperoleh Arnott's secara menyeluruh. Maka, pada tahun 1997, Arnott's Biscuits Ltd menjadi anak syarikat milik penuh Campbell Soup Company. Hal ini menyebabkan sebahagian besar kontroversi di Australia, berdasarkan keinginan agar ikon Australia tersebut tetap berada di tangan Australia, dan bimbang kerana Campbell akan mengAmerikakan produknya.

Pengeluaran biskut Arnott's, bagaimanapun, akan tetap berjalan di Australia, dan sebagai sebahagian dari rancangan pengembamgan jangka panjang, Arnott's menutup kilangnya di Melbourne pada September 2002. Pada masa yang sama, syarikat ini memperluaskan kemudahannya di Sydney, Adelaide dan Brisbane.[14]

Pada tahun 2002, Arnott's memperoleh Snack Foods Limited.[15] Pada April 2008, Campbell Arnott's menjual Arnott's Snackfoods ke The Real McCoy Snackfood Co. dan syarikat itu kini dikenali sebagai Snack Brands Australia.

Pada Julai 2019, Campbell Soup Company bersetuju untuk menjual Arnott's ke KKR bernilai AS$ 2,2 bilion.[16][1] Hanya beberapa minggu setelah penjualan, Arnott's terlibat dalam pertikaian awam dengan Woolworths Supermarkets, yang dilaporkan ingin mengenakan harga yang lebih tinggi untuk nilai pasaran. Sumber mengatakan pertikaian telah bermula pada Mei sebelum kesepakatan tercapai untuk penjualan Arnott's ke KKR.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Powell, Dominic (2019-07-24). "Barbarians snatch Tim Tams? Arnott's set to be acquired by KKR in $3b deal". The Sydney Morning Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2019. Dicapai pada 2019-11-17.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2007. Dicapai pada 17 April 2007.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2019. Dicapai pada 28 November 2019.CS1 maint: archived copy as title (link)
  4. ^ Drake, Isobel (24 April 2009). "Arnott's issues ultimatum to Krispy Kreme". Australian Food News. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2014.
  5. ^ Campbell Arnott's (30 September 2012). "Campbell Arnott's Submission to National Food Plan Green Paper" (PDF). Department of Agriculture, Fisheries and Forestry. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 8 September 2014.
  6. ^ a b Mitchell, Sue (27 September 2019). "Arnott's in stand-off with Woolies". The Australian Financial Review. Nine Entertainment Co. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2019. Dicapai pada 29 September 2019.
  7. ^ "Campbell Completes Sale of Arnott's and Certain of Campbell's International Operations to KKR for Approximately $2.2 Billion". Business Wire. 23 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2020. Dicapai pada 12 February 2020.
  8. ^ "Our heritage". Arnott's Australia: Arnott's heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 March 2015. Dicapai pada 25 October 2018.
  9. ^ "Advertising". The Courier-Mail (4087). Queensland, Australia. 31 December 1949. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2020. Dicapai pada 15 September 2020 – melalui National Library of Australia.
  10. ^ "Biscuit extortion case dropped over DNA hurdle". 27 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015.
  11. ^ Radio National (PM): Herron's actions a contrast to Arnotts' open-ness Diarkibkan 1 Disember 2004 di Wayback Machine, ABC Radio, 17 March 2000.
  12. ^ Radio National (PM): Herron's actions a contrast to Arnotts' open-ness Diarkibkan 1 Disember 2004 di Wayback Machine, ABC Radio, 17 March 2000.
  13. ^ The 7.30 Report: Mars, snickers threat aimed at unnamed organisation Diarkibkan 9 April 2006 di Wayback Machine, Australian Broadcasting Corporation, 4 July 2005.
  14. ^ Moynihan, Stephen: Tearful workers feel the final crunch at Arnott's Diarkibkan 18 April 2003 di Wayback Machine, The Age, 3 August 2002.
  15. ^ Business Breakfast: Arnotts bids for Snack Foods Diarkibkan 5 Disember 2007 di Wayback Machine, Australian Broadcasting Corporation, 6 July 2002.
  16. ^ "Arnott's sold by Campbells to KKR". ABC News. ABC News. 24 July 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 July 2019. Dicapai pada 24 July 2019.

Bacaan lanjut sunting

  • Boag, Charles: The Story of Arnott's Famous Biscuits: A History & A Celebration (1993), Lansdowne (Sydney). ISBN 1-86302-284-8.
  • Arnotts, Robert: 'The Biography of a Rich Man, Robert Arnotts - Family and Work' (1992)

Pautan luar sunting