Arsames dari Parsi

Arsames (Parsi Purba: 𐎠𐎼𐏁𐎠𐎶[1] Aršāma[2], Parsi moden: ارشام‎[3], Greek: Ἀρσάμης; – ca. 520 SM) adalah anak lelaki kepada Ariaramnes dan mungkin sekejap menjadi raja di Parsi semasa dinasti Achaemenid, tetapi menyerahkan takhta dan mengistiharkan kesetiaan kepada Cyrus II dari Parsi. Selepas ini, Arsames kemungkinan besar bersara dan tinggal di ladang keluarga di tengah Parsi, Parsa, dan tinggal dengan di sana untuk seumur dihidup beliau, meskipun beliau mungkin menjalankan tugas-tugas sebagai seorang "raja kecil" di di bawah kekuasaan "Raja Besar". Di dalam satu inskripsi yang ditemui di Hamadan[4] beliau dikenali panggil sebagai "raja dari Parsi", tetapi beberapa sarjana mempercayai ia dipalsukan, sama ada pada zaman purba atau moden. Pengesahan lain berkenaan pemerintahan beliau adalah Inskripsi Behistun, di mana cucu lelaki beliau Darius I menyatakan lapan orang raja Achaemenid sebelum beliau - dan oleh itu beliau mesti mengira Arsames sebagai seorang raja.

Arsames adalah bapa kepada Hystaspes, satrap dari Parthia, dan dari Pharnaces. Arsames mungkin masih hidup semasa cucu beliau, Darius I, menjadi Raja Besar di Empayar Parsi, meskipun beliau mungkin meninggal dunia semasa pemerintahan Darius I. Dalam sebarang kes, beliau merupakan salah seorang raja yang hidup lama di dunia pada zaman itu, kemungkinan hidup sehingga berumur 90-an.

Nota sunting

  1. ^ Akbarzadeh (2006), page 56
  2. ^ Kent (1384 AP), page 393
  3. ^ Kent (1384 AP), page 392
  4. ^ The inscription is known among Old Persian scholars by the code AsH.

Rujukan sunting

  • Akbarzadeh, D. (2006). The Behistun Inscriptions (Old Persian Texts) (dalam bahasa Persian). Khaneye-Farhikhtagan-e Honarhaye Sonati. ISBN 964-8499-05-5. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Kent, Ronald Grubb (1384 AP). Old Persian: Grammar, Text, Glossary (dalam bahasa Persian). translated into Persian by S. Oryan. m/s. 393. ISBN 964-421-045-X. Check date values in: |year= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Arsames page at livius.org
  • A. Sh. Shahbazi: "Arsama", in Encyclopaedia Iranica.
Arsames dari Parsi
Tarikh keputeraan:  ?? Tarikh kemangkatan: sekitar 520 SM
Didahului oleh
Ariamenes
Raja Parsi Diikuti oleh:
Cyrus II

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.