Tun Haji Arshad Ayub (dilahirkan pada 15 November 1928 di Muar, Johor Darul Takzim) ialah seorang ahli akademik dan pendidik Malaysia. Pada 20 Julai 2012, beliau dianugerahkan 'Bintang Pribumi Perkasa Negara' dan dinobatkan sebagai 'Bapa Modal Insan Pribumi Negara' oleh NGO Perkasa. Beliau pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya dan Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA.

YABhg Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji

Arshad Ayub

SSM, PSM; SPMS (Sel); SPSK (Kel); SUNS (NS); PNBS (Sar); DPMJ (Joh); DSAP (Pah); PGDK (Sab); DPMT (Ter); DPMP (Prk); DSLJ (Brunei); JMN; PBE (Sar)
Pro Canselor
Universiti Teknologi MARA
Memegang jawatan
31 Mac 2000
Berkhidmat dengan
Ahmadshah Abdullah
Abdul Rahman Arshad*
*(meninggal dunia ketika berkhidmat)
Sallehuddin Mohamed
Safri Awang Zaidell
Zarinah Anwar
Butiran peribadi
Lahir (1928-11-15) 15 November 1928 (umur 92)
Muar, Johor, Tanah Melayu (kini Malaysia)
PasanganToh Puan Zaleha Mohd. Arshad

Arshad berpengalaman luas dalam pentadbiran awam di negara ini dengan memegang jawatan-jawatan penting dalam pelbagai jabatan kerajaan mahupun kementerian. Antaranya sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara pada 9 Mac 1975 hingga 1977.

Pendidikan dan kerjayaSunting

Tun Arshad memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Keruma, Muar, Johor sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Inggeris Kerajaan juga di Muar, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura (1949-1951), Kolej Pertanian Serdang, Selangor (1951-1954) dan University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom (1954-1958).

Kerjaya beliau bermula seawal tahun 1951 apabila beliau bertugas di Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA). Beliau banyak terlibat dalam perancangan agenda pembangunan negara khususnya pada era selepas kemerdekaan negara dan agenda pembangunan inilah juga yang menjadi teras pentadbiran Tun Abdul Razak.

Pengarah ITMSunting

Beliau menjadi Pengarah Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1966. Beliau telah mewujudkan suatu institusi pengajian tinggi yang ulung kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada mereka yang institusi lain tidak mahu ambil kerana lemah keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ketika itu pelajar ITM tiada tempat tinggal , bilik kuliah di Jalan Othman, Petaling Jaya yang terhad dan ketidakinginan Jabatan Perkhidmatan Awam mengiktiraf diploma-diploma keluaran ITM. Arshad meletakkan mahasiswa ITM di merata tempat sekeliling Petaling Jaya dan Jalan Klang Lama, di Petaling Jaya di Seksyen 14, Seksyen 17, dan di Jalan Klang Lama.

Ketika itu mahasiswa menerima elaun RM15 sebulan dan kebanyakan pelajar yang tinggal di Jalan Klang Lama. Konsep pelajar tinggal di luar kawasan kampus inilah yang telah banyak ditiru oleh lain-lain institusi pengajian tinggi.

Arshad Ayub dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM), sebuah universiti yang ditubuhkan bagi memberikan peluang pendidikan tinggi yang lebih baik kepada golongan Melayu dan bumiputera. Sumbangan, peranan dan perjuangannya membangunkan pendidikan profesional dalam kalangan anak Melayu dan menjadikan mereka Bumiputra yang mampu memajukan potensi diri. Beliaulah yang menjadi arkitek penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjadi gedung modal insan pribumi yang teragung di Malaysia . Beliau merupakan pengarah pertama universiti tersebut dari tahun 1967 hingga 1975 yang pada waktu itu dikenali sebagai Institut Teknologi MARA. [1]

Menteri Pelajaran ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad .Dr Mahathir meluluskan perpindahan beliau ke Bank Negara . Tindakan ini dibantah oleh Kesatuan Mahasiswa Institut Teknologi Mara(KSITM) kerana bimbang merencatkan pembangunan ITM. Akta Universiti dan Kolej Universiti digubal pada 1975 bagi mengekang kegiatan demonstrasi dalam kalangan mahasiswa. Antara pelajar ITM yang aktif dalam demonstrasi ketika itu ialah Datuk Ibrahim Ali. Beberapa orang kakitangan dan pelajar menjadi tahanan polis dan Unit Simpanan Khas (FRU) keluar masuk kampus ITM .[2][3]

Timbalan Gabenor NegaraSunting

Di Bank Negara, Tun Arshad bekerja di bawah Tun Ismail Mohd Ali, suatu institusi terkenal selaku Gabenor Bank Negara yang lama berkhidmat di Komanwel.

Selepas itu beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian .

BersaraSunting

Kini, walaupun usia beliau telah menjangkau usia melebihi 90 tahun, Tun Arshad berkecimpung dalam perniagaan dan menjadi ahli lembaga pengarah untuk beberapa syarikat awam dan badan-badan berkanun seperti Perbadanan Johor.

Dalam budaya masyhurSunting

Arshad dilakonkan oleh Fizz Fairuz dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.

AnugerahSunting

Sepanjang kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia, beliau telah dikurniakan dengan pelbagai anugerah, antaranya[4]

MalaysiaSunting

  •   Malaysia
  •   Selangor
    •   Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - Dato' Seri
  •   Kelantan
    •   Darjah Dato’ Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi I) (SPSK) - Dato'
  •   Negeri Sembilan
    •   Darjah Dato’ Seri Utama Negeri Sembilan (SUNS) - Dato' Seri Utama
  •   Sarawak
    •   Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) - Dato Sri
    • Pingat Bakti Jubli Emas (PBE)
  •   Johor
    •   Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) - Dato'
  •   Pahang
    •   Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato'
  •   Sabah
    •   Darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk
  •   Terengganu
    •   Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) - Dato'
  •   Perak
    •   Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) - Dato'

BruneiSunting

  •   Brunei
    •   Darjah Dato Seri Laila Jasa (DSLJ)

RujukanSunting