Artemis (Yunani: Ἄρτεμις) adalah dewi perburuan, alam liar, haiwan liar, perawan, dan perbukitan dalam kepercayaan masyarakat Yunani Purba, dia anak hasil hubungan Zeus dan Leto, serta kembar Apollo. Dia dipercayai sebagai pembawa dan penghalau penyakit pada perempuan serta penolong dalam proses kelahiran anak.[1][2] Dia digambarkan sebagai pemburu membawa busur dan anak panah.[3]

Artemis
Patung Artemis di Muzium Vatikan.
Tempat tinggalGunung Olympus
Symbolbusur dan anak panah, rusa, anjing
TungganganPedati perang ditarik sepasang rusa
Maklumat peribadi
Ibu BapaZeus dan Leto
Adik-beradikApollo
Kesetaraan RomDiana
Kesetaraan EtrusckaArtume

Ada beberapa sejarawan berpendapat pendewian Artemis sendiri berasal dari suatu ketamadunan pra-Yunani yang lebih awal.[4][5][6][7] Artemis dihubungkan lanjut dengan Selene si dewi bulan,[8] dia setaraf Diana dalam mitologi Rom[9] dan dewi Artume dalam mitologi Etruska.[10] Selain itu, dia juga dikaitkan dengan dewi Hekate.[11]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Artemis | Myths, Symbols, & Meaning". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-07-06.
  2. ^ Inc, Merriam-Webster (1995). Merriam-Webster's Encyclopedia of Literature. Merriam-Webster. m/s. 74. ISBN 9780877790426.
  3. ^ “Kekuasaannya adalah di bumi, terutama tempat-tempat yang belum terjamah, hutan dan bukit yang banyak dihuni hewan liar." Hammond dan Scullard (penyunting), The Oxford Classical Dictionary. (Oxford: Clarendon Press, 1970) hal. 126.
  4. ^ Rose, H. J. A Handbook of Greek Mythology, Dutton 1959, hal. 112
  5. ^ Guthrie, W. C. K. The Greeks and Their Gods, Beacon 1955, hal. 99
  6. ^ Homer menyebutnya sebagai Artemis Agrotera, Potnia Theron (Artemis dari Alam Liar, Ratu Para Binatang"
  7. ^ Homer, Iliad xxi 470
  8. ^ Hammond, Oxford Classical Dictionary, hal. 970-971.
  9. ^ Hammond, Oxford Classical Dictionary, hal. 337-338.
  10. ^ Hammond, Oxford Classical Dictionary, hal. 127.
  11. ^ “Artemis seringkali dikaitkan dengan dewi asing yang mirip dengannya. Ketiga-tiganya membentuk sebuah Tritunggal Rembulan yang melambangkan fasa kehidupan wanita dari seorang gadis, ibu, hingga menjadi tua.” Hammond, Oxford Classical Dictionary, hal. 127.
Sumber utama
  • Hammond, N.G.L.; Scullard, Howard Hayes, penyunting (1992). "Artemis". The Oxford Classical Dictionary (ed. ke-2). Oxford University Press. ISBN 0-19-869117-3..