Arthdal Chronicles

Arthdal Chronicles [2] ( Hangul아스달 연대기; RRAseudal yeondaegi) adalah sebuah siri televisyen Korea Selatan 2019 yang diarahkan oleh Kim Won-seok, ditulis oleh Kim Young-hyun dan Park Sang-yeon, yang dibintangi oleh Jang Dong-gun, Song Joong-ki, Kim Ji-won dan Kim Ok-vin . [3] [4] [5] [6] Siri ini disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad di TVN pada 21:00 ( KST ) bermula dari 1 Jun, 2019. [7] [8] [9] Ia ditayangkan di peringkat antarabangsa Netflix . [10]

Arthdal Chronicles
Genre
PenciptaStudio Dragon
Ditulis oleh
PengarahKim Won-seok
Dibintangi oleh
Negara asalSouth Korea
BahasaKorean
Bilangan musim3[1]
Bilangan episod18
Penerbitan
Lokasi
  • South Korea
  • Brunei
Pemasangan kamera
Single camera
Tempoh siaran70 minutes
Syarikat penerbitan
Syarikat pengedaran
Penyiaran
Saluran asaltvN
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal1 Jun 2019 (2019-06-01) – 7 Julai 2019 (2019-07-07)
7 September 2019 (2019-09-07) – 22 September 2019 (2019-09-22)
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan

Sinopsis sunting

Di dalam sebuah tanah mitos yang dipanggil Arth, penghuni kota kuno Arthdal bergelut dengan perebutan kuasa, sementara beberapa menemui cinta di dalam perjalanan tersebut. Eunseom mengalami kesukaran untuk membawa kembali puaknya dan mempelajari asal usulnya dalam proses tersebut. [11] [12]

Pelakon sunting

Utama sunting

  • Jang Dong-gun sebagai Ta-gon
    • Jung Jae-won sebagai Ta-gon muda
    • Moon Woo-jin sebagai Ta-gon semasa kanak-kanak
Anak sulung San-ung, pemimpin Kesatuan Arthdal.
Diberkati dengan kecerdasan dan fizikal yamg kuat, dia merupakan seorang ahli strategi dan pahlawan genius, ketua pasukan tentera Daekan. Seorang pahlawan yang menang ke atas puak Neanthals dalam Perang Besar menerusi strategi perangnya. Selepas Perang Besar, San-ung mengisytiharkan Great Hunt, dan memerintahkan pembunuhan semua puak Neanthal. Ta-gon berada di barisan hadapan Great Hunt, membuktikan keupayaannya. Di bawah kepimpinan Ta-gon, pasukan tentera Daekan bukan sahaja menguatkuasakan Great Hunt, tetapi juga menenangkan pemberontakan suku-suku lain yang cuba melakukan rusuhan terhadap Kesatuan Arthdal. Reputasi Ta-gon di Arthdal terus meningkat.
Ta-gon terus menjadi pahlawan untuk semua puak Arthdal, namun seorang melihat dengan mata waspada - bapanya sendiri, San-ung. Walaupun pada mulanya dia gembira dengan strategi licik Ta-gon, ketika tahap populariti Ta-gon meningkat, San-ung menjadi kurang senang. Dikuasai oleh kuasa-nafsu, San-ung cuba mengalahkan Ta-gon dengan memerangkapnya. Ini mencetuskan perang antara ayah dan anak, dan Ta-gon melompat ke atas bapanya, dan menguasai Arthdal. Ta-gon akhirnya menjadi Hero Arthdal. Ta-gon juga seorang Igutu (bangsa campuran manusia dan Neanthal, buat masa bangsa ini dikenali mempunyai darah & bibir berwarna ungu serta ketangkasan melebihi seorang manusia biasa); tiada siapa di Arthdal sedar rahsia ini kecuali San-ung, Eun-seom dan Tae Al-ha.
Anak lelaki kepada Asa Hon dan seorang Neanthal, Ragaz. Seorang ahli suku Wahan dari Iark, asing terhadap Arthdal. Akan menjadi musuh Ta-gon paling kuat, pada masa akan datang.
Mereka adalah hasil hubungan yang tidak boleh diterima di Arthdal. Eun-seom dan Saya adalah bangsa campuran Saram (umat manusia) dan puak Neanthal, sepasang Igutu yang lahir semasa Perang Besar. Satu ramalan lama Arthdal mengatakan perkara tersebut.
"Anak yang lahir pada hari apabila komet biru muncul akan membawa bencana."
Dan begitu, pada hari mereka dilahirkan, coretan biru cerah menyala di langit. Ibu Eun-seom, Asa Hon, bersedia melakukan apa saja untuk memastikan Eun-seom hidup, melarikan diri dari Arthdal dan menuju ke Iark. Tetapi Asa Hon menemui ajalnya dalam perjalanan ke Iark.
Eun-seom yang masih muda dibesarkan dalam suku Wahan di Iark. Suku Wahan sudah terbiasa dengan bibir ungu Eun-seom, dan bekas parut di belakangnya, tetapi Eun-seom sebenarnya lebih unik daripada penampilannya. Dia boleh meniru mana-mana aksi setelah melihatnya sekali sahaja, tidak kira betapa rumitnya. Oleh itu, beliau mengajar Tan-ya tarian yang rumit dari Great Spritual Mother, yang dia sepatutnya menguasai. Di samping itu, Eun-seom adalah pemburu yang lebih baik daripada rakan-rakannya, kerana dia sangat kuat dan tangkas. Walaupun tidak sebanding dengan puak Neanthal, manusia biasa tidak dapat mengikuti kekuatan dan kelajuan Igutu. Kebolehan Eun-seom adalah pelik kepada Wahan.
Walaupun dibesarkan di Wahan, Eun-seom masih menjadi orang luar. Satu-satu orang yang dia boleh percaya ialah Tan-ya, seorang gadis Wahan yang sama umur dan membesar bersama. Kepada Eun-seom, Tan-ya adalah keluarganya yang telah berada di sisinya sejak kecil. Tan-ya adalah seorang gadis yang bertimbang rasa yang selalu menjaga Eun-seom yang sentiasa kesunyian. Eun-seom menyukai Tan-ya untuk ini.
Akhirnya, kebolehan dan keperibadian Eun-seom yang luar biasa telah mencetuskan masalah besar, dan Eun-seom hampir diusir dari Wahan. Pada masa yang sama, bahaya juga mendekati tanah Iark. Berikutan arahan San-ung, pemimpin Kesatuan Arthdal, yang ingin menakluk tanah Iark, Ta-gon dan pasukan tentera Daekan turun dari Great Black Cliff. Suku Wahan telah ditahan. Dan dengan itu, Tan-ya dan seluruh suku Wahan dibawa ke Arthdal. Untuk menyelamatkan mereka, Eun-seom menuju ke Arthdal, tempat yang memegang rahsia asal-usulnya dan segala konflik yang bakal diterokai.
Saya, sebaliknya, Ragaz membawanya bersama ketika dia menemui Mubaek dan pasukan tentera Saram. Mereka bertempur dan Ragaz meninggal dunia, dibunuh oleh dan ditembak oleh Ta-gon. Ta-gon mendapati Saya tersembunyi di semak-semak dan dia membawanya ke rumah, memberikannya kepada Taelha untuk membesarkannya. Saya menghabiskan sebahagian besar hidupnya di bahagian paling atas di Fortress of Fire. Identiti Saya didedahkan buat kali pertama pada akhir episod 6, musim 1. Dia ditunjukkan sebagai seorang yang manipulatif dan mempunyai dendam, ketika dia menggagalkan rancangan Taelha kerana dia terlibat dalam pembunuhan wanita yang dikasihinya, Saenarae.
  • Kim Ji-won sebagai Tan-ya
    • Heo Jung-eun sebagai Tan-ya muda
Anak perempuan kepada Yeol-son, pengganti terurap Great Spiritual Mother yang akan datang dari suku Wahan. Anak dari ramalan komet biru itu.
Pada hari Tan-ya dilahirkan, ibunya meninggal dunia sebelum dapat bertemu dengan anak perempuannya yang tercinta. Tan-ya dilahirkan pada hari yang sama dengan Eun-seom, hari komet biru melintasi langit. Tetapi, ramalan suku Wahan tentang komet biru berbeza dengan ramalan dari Arthdal.
"Orang yang akan memecahkan cangkerang itu akan tiba pada hari komet biru, disertai dengan kematian. Wahan akan berhenti menjadi Wahan."
Tan-ya adalah seorang gadis Wahan yang bijak, ceria, yang ditakdirkan sebagai Great Spiritual Mother yang akan datang. Di Iark, tanah di mana busur dan anak panahnya belum dicipta, dia menggunakan lastik sebagai alat perburuan dia. Dia seorang pahlawan yang mampu mengambil kehidupan orang dewasa.
Bangsa Saram tidak boleh bermimpi, tetapi para pendeta mesti dapat bermimpi untuk memenuhi syarat sebagai Great Spiritual Mother. Untuk memiliki mimpi, Tan-ya dibebani dengan latihan dan amalan, tetapi dia masih belum mampu bermimpi. Lebih-lebih lagi, dia tidak dapat menguasai tarian rohaniah generasi ibu rohani. Ketika Tan-ya menjadi lebih kecewa dan tertekan, suatu hari, Eun-seom diam-diam menonton dan belajar tarian rohani, dan mengajar Tan-ya. Dia mendapati bahawa Eun-seom mampu bermimpi, dan pada mulanya, Tan-ya curiga. Pada masa yang sama, dia berasa cemburu. Tetapi tanpa mengetahui, dia mula mempunyai perasaan untuk Eun-seom.
Hari-hari itu aman, sehinggalah pasukan tentera Arthdal, Daekan tiba di Kampung Wahan. Tan-ya akhirnya ditangkap dengan orang Wahan, dan dibawa ke tanah Arthdal yang jauh. Sedikit demi sedikit, dia merasakan takdirnya dan misi terurapnya ketika anak komet biru mendekati dia, bersama dengan kebenaran untuk suku Wahan.
  • Kim Ok-vin sebagai Tae Al-ha [18]
    • Kim Seo-yeon sebagai Tae Al-ha muda
Anak perempuan kepada Ketua Suku Hae, Mi-hol. Seorang saintis, pahlawan, dan ahli politik yang bercita-cita tinggi.
Orang Hae adalah orang asing untuk Arthdal yang tiba dari tanah yang amat jauh, melintasi lautan. Ia tidak lama sejak suku Hae menetap di Arthdal. Ketua Suku Hae, Mi-hol, menggunakan teknologi luar biasa suku Hae sebagai cara untuk bertahan di Arthdal. Sebagai anak Mi-hol, Tae Al-ha menyedari pada usia muda, bahawa jika anda tidak menjadi kuat, anda mati. Jika anda tidak boleh menjadi orang yang kuat, anda mesti berdiri di sebelah orang yang kuat. Penghakiman yang betul tentang siapa yang kuat adalah satu-satunya perkara yang penting. Ini telah diukir jauh ke dalam hatinya. Keturunan Hae dibesarkan untuk menjadi pakar dalam pelbagai bidang sains, dan Tae Al-ha tidak terkecuali. Tetapi minatnya terhadap kuasa, bukan sains. Daripada menguasai sains, dia lebih suka mengawal saintis. Beliau percaya bahawa orang yang boleh mempengaruhi orang lain untuk memimpin laluan sejarah akan menjadi orang yang paling kuat.
Dengan pengertian dan kekuatan analisis yang setanding dengan bapanya, Tae Al-ha meramalkan awal bahawa Arthdal berada di ambang perubahan. Walaupun dia tidak mengalaminya, dia tahu dari sejarah. Pertumbuhan yang meledak dari pertanian dan pengeluaran Arthdal akhirnya akan membawa kepada kelahiran sebuah negara. Percaya bahawa bangsa-bangsa dilahirkan di tengah-tengah badai dan keinginan yang bertentangan, Tae Al-ha menemukan Ta-gon.
Maka, Ta-gon menjadi Hero Arthdal. Semuanya seolah-olah mengikuti keinginan dan rancangan Tae Al-ha. Dia menikmati kuasa besar sebagai rakan politik Ta-gon. Tae Al-ha tidak mempunyai ketakutan, Arthdal seperti dimiliki olehnya. Walau bagaimanapun, saingan yang kuat muncul dari tempat yang tidak dijangka.

Pelakon Pembantu sunting

Arthdal (Suku Saenyeok, Pasukan Tentera Daekan) sunting

Bapa Ta-gon, Ketua kepada suku Saenyeok. Ketua kepada Kesatuan Puak Arthdal. San-ungyang berani, yang naik ke kedudukan ketua Kesatun Puak Arthdal pada umur muda, mempunyai kebolehan untuk menerima orang lain yang membuatkan ramai orang mengikuti beliau. Beliau seorang yang bijaksana dan adil apabila menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau mencapai kejayaan gemilang dalam Perang Besar terhadap puak Neanthal, namun hero untuk perang ini bukan beliau, tetapi anak beliau, Ta-gon. Kecemburuan San-ung terhadap anaknya hanyalah merupakan kesulitan kecil pada waktu itu. Namun apabila keunggulan Ta-gon memuncak dan mula menggugat kedudukan San-ung sebagai ketua kesatuan, maka San-ung telah membuat keazaman buruk.
Anak San-Woong, abag tiri kepada Ta-gon. Jeneral kepada pasukan pengawal Arthdal. Pengganti untuk ketua puak Saenyeok. Dan-byeok telah dikenalpasti sebagai pengganti ketua puak Saenyeok di awal cerita. Walaupun Ta-gon lebih tua, memandangkan tiada siapa tahu siapa ibu Ta-gon, Dan-byeok merasakan tidak perlu berhati-hati terhadap dia. Beliau tidak faham mengapa bapa mereka merasa benci terhada Ta-gon dan berjaga-jaga terhadap Ta-gon sejak kecil. Maka, beliau selalu merasa simpati terhadap Ta-gon. Dengan kemahiran pedang yang tinggi dan fizikal yang hebat, reputasi beliau di kalangan puak Saenyeok dan Kesatuan Puak adalah tinggi.
  • Park Hyoung-soo[20] sebagai Gil-sun
Pada asalnya merupakan seorang ahli dalam pasukan tentera Daekan, pada masa ini beliau merupakan ketua pasukan pengawal. Lahir dalam puak White Mountain, selepas beliau berjuang bersama Ta-gon dalam Perang Besar terhadap Neanthal. Beliau adalah orang pertama kembali ke Arthdal, dan bertanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dalam Arthdal sebagai ahli dalam pasukan pengawal. Seorang tentera yang memahami politi, beliau bekerja di bawah ketua-ketua berpangkat tinggi. Beliau cepat menangkap kepentingan mereka yang berkuasa dan perubahan politik semasa.
  • Choi Young-joon sebagai Yeon-bal
Seorang pahlawan Daekan. Sebagai ahli puak Saenyeok tribesman dan kesetiaan terhadap Ta-gon, beliau melaksanakan tugas-tugas yang diperintahkan ke atas beliau. Dengan pangkat Mu-baek dan Gil-son di atas beliau dan Mu-gwang dan Kitoha di bawah beliau, beliau selalu dibuli dan sentiasa merasakan dilayan dengan tidak adil. Mempunyai jiwa yang bebas dan ramah, beliau cerdik, tidak seperti penampilannya.
  • Lee Ho-cheol as Kitoha
Seorang pahlawan Daekan dari suku White Mountain yang mempunyai kemahiran berlawan yang bagus dan kekuatan luar biasa. Beliau mempunyai personaliti yang kasar dan suka minum dan berjudi, namun tidak sesuai dengan penampilan dan kebolehan beliau, beliau sebenarnya amat mempercayai benda-banda tahyul, malah ketakutan yang amat sangat jika terjumpa tanda-tanda nasib malang.
  • Hwang Hee sebagai Mu-gwang
Seorang pahlawan Daekan, adik kepada Mu-baek. Beliau melaksanakan tugas-tugas kejam dan kotor tanpa pertimbangan moral. Jika ia perintah Tagon, beliau akan menurutinya tanpa soalan. Beliau berasa kecewa terhadap abang beliau, Mu-baek yang tidak peduli tentang kuasa dan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap Kesatuan. Layanan beliau terhadap penduduk Iark menjadi sangat kejam, membunuh mereka tanpa ragu-ragu.
  • Ki Do-hoon sebagai Yang-cha
Seorang pahlawan Daekan yang mahir menggunakan senjata gangsa. Beliau sentiasa memakai topeng menutupi mulutnya, sebagai hukuman diam terhadap sesuatu yang terjadi pada masa lalu. Ta-gon pernah memberi perintah rahsia kepada Yang-cha semasa beliau muda. Ta-gon juga pernah meluahkan perasaan sebenar dia kepada Yang-cha. Dalam pasukan Daekan, beliau mempunyai kebolehan yang setanding dengan Mu-baek, dilihat sebagai pahlawan terbilang dari generasi seterusnya.
  • Song Yoo-taek sebagai Park Ryang-poong
Seorang pahlawan Daekan dari satu suku minoriti yang kecil yang berjaya menerima pelantikan kepimpinan. Tidak seperti penampilannya, beliau seorang yang bijak dan cepat fasih, mampu menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan tepat.
  • Lee Hwang-eui sebagai Dae-dae
Ketua Sejarawan di Istana Kesatuan Puak. Ketua kepada semua ahli tulis yang merekodkan segala kejadian di dalam istana tersebut dan seorang pegawai pentadbiran. Namun, peranan Dae-dae tidak terhenti di situ sahaja, beliau membantu di sisi ketua Kesatuan Puak. Beliau tidak terganggu terhadap perubahan politik semasa, namun beliau merupakan seorang cedekiawan yang bersumpah taat setia kepada Kesatuan itu sendiri.
  • Hwang Min-ho sebagai So-dang
  • Kim Jung-woo sebagai Pyeon-mi

Arthdal (Suku White Mountain) sunting

  • Lee Do-kyung sebagai Asa Ron[19]
Ketua Tua suku White Mountain, beliau mengawal upacara keagamaan dan perayaan. Sebagai seorang Ketua Tua yang mengetuai Kuil Agung yang menempatkan Lapan Tuhan Arthdal, beliau berada di kedudukan apeks dalam keseluruhan kuasa di Arthdal. Namun, Asa Ron mempunyai satu kelemahan, beliau dari keturunan cabang kecil Ibu Agung Asa Shin, dan bukan keturunan langsung. Beliau boleh menyampaikan kehendak Tuhan, namun tidak boleh bertemu dengan Tuhan itu sendiri. Maka, Asa Ron mengetuai suku beliau bukan sahaja dengan kekuatan spiritualnya, tetapi dengan penilaian politiknya yang tinggi.
  • Son Sook sebagai Asa Sakan[20]
Seorang ahli puak Asa, tokoh ibu untuk suku White Mountain. Paling tua dalam suku White Mountain yang berperanan melindung gua-gua suci suku White Mountain, yang mempunyai pengaruh besar untuk menggoyahkan keputusan Kuil Agung. Beliau percaya bahawa misi beliau adalah untuk melindungi kuasa suci puak Asa dan Kesatuan Arthdal.
Seorang ahli dalam puak Asa, ketua pendeta wanita, beliau yang mengorkestrakan semua upacara dan perayaan di Arthdal di bawah arahan Asa Ron. Beliau juga dipercayai oleh Asa Ron untuk menguruskan Kuil Agung. Beliau percaya badan beliau dipunyai oleh Airuzu, hatinya dipunyai oleh Isodunyong, kepercayaan dan prinsip yang beliau pegang amat kukuh, malah lebih fundamentalis berbanding Asa Ron.
  • Jang Yool sebagai Asa Yon[19]
Seorang pendeta puak Asa, beliau sebenarnya berkhidmat di gua-gua suci di White Head Mountain, selepas Isodunyong. Namun, Asa Ron menaruh minat terhadap beliau dan dipindahkan ke Kuil Aging, menjadi seorang pendeta yang berkhidmat kepada Lapan Tuhan. Sangat bijak dan seorang realis yang kadang kala berdebat dengan Asa Mot.
  • Park Ji-won sebagai Asa Moo
Seorang pendeta wanita yang cantik puak Asa yang mengkomunikasikan kata-kata Isodunyeong. Beliau sentiasa tampil mabuk, dengan perwatakan terhuyung-hayang dan kata-kata yang tidak jelas. Beliau menari di dalam Kuil Agung dan meninggikan tangisan semasa menerima mesej Tuhan.
Ahli puak Asa, ibu Eun-seom. Beliau ditugaskan untuk menghantar hadiah kepada puak Neanthal, dan pada satu ritual pembakaran Atturad, beliau menyaksikan kekejaman bangsa Saram. Kemudian, beliau melarikan diri dengan seorang puak Neanthal, Ragaz dan mula jatuh hati dengannya, akhirnya hamil dengan Eun-seom. Dikejar oleh pasukan tentera Daekan, Asa Hon mengambil Eunsom yang masih kecil ke Great Black Cliff, cuba untuk mealrikan diri ke Iark.

Arthdal (Suku Hae) sunting

Ketua suku Hae, bapa Tae Al-ha. Guru sains dan maklumat untuk Arthdal, tuan kepada Fortress of Fire. Lebih kurang 50 tahun lepas, Mi-hol tiba di Arthdal semasa kanak-kanak. Namun, beliau telah tolong orang dewasa suku Hae memulakan operasi pertanian berskala besar. Beliau telah mencipta peralatan gangsa dan menyumbang kepada kekayaan Arthdal, membenarkan suku Hae mencapai status mereka sekarang. Mi-hol telah memerhatikan perubahan politik di Arthdal yang drastik, sementara berkira-kira dengan langkah-langkah yang beliau perlu ambil. Beliau telah melakar strategi dan merancang dengan teliti untuk memastikan misi suku Hae dan kewujudannya kekal terpelihara. Tetapi, hanya satu perkara yang beliau tidak terfikir adalah anak beliau Tae Al-ha.
  • Yoon Sa-bong sebagai Hae Tu-ak
Seorang pahlawan suku Hae, pembantu paling rapat Tae Al-ha. Walaupun beliau tampil sebagai seorang yang suka berteman dan canggung, beliau adalah orang kanan Tae Al-ha. Penampilan beliau mencadangkan beiau berbadan besar dan lambat bergerak, tetapi beliau adalah seorang pahlawan wanita yang berkemahiran dalam seni mempertahankan diri. Tarikan Hae Tu-ak adalah menghancurkan tangan penyerang beliau sambil mengatakan kata-kata tidak bersalah dari mulutnya.
  • sebagai Hae Yeo-bi
Pembantu paling dekat dengan Mi-hol yang telah mengabdikan diri kepada kelangsungan kewujudan suku Hae. Di bawah perintah Mi-hol, beliau sekarang memerhatikan Tae Al-ha, yang beliau besarkan dengan tangan sendiri. Dengan tiada emosi, beliau dengan tegas menegur Tae Al-ha. Mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri, kadang kala beliau berselisih dengan Hae Tu-ak yang mempunyai sifat berlawanan dengan beliau.
  • Bae Ki-beom sebagai Hae Heul-lip
Seorang sejarawan suku Hae, pengumpul maklumat Mi-hol. Kepada beliau, kata-kata Mi-hol adalah undang-undang. Bijak dengan kebolehan untuk bertindak dengan pantas, beliau memgang kepercayaan Mi-hol. Beliau ditugaskan untuk merekod maklumat tentang Arthdal dan semua puak dan suku di seluruh tanah Arthdal.
  • sebagai Hae Al-yong
Ketua Sejarawan suku Hae. Beliau menjaga perpustakaan di Fortress of Fire, yang mengandungi 5000 jilid buku dalam kulit dan buluh. Walaupun hanya 5000, pada waktu itu, bialngan ini bersamaan dengan semua buku tanah Arth dan Aniachu. Al-yong yang menjaga dan menerbitkan buku-buku ini digelar Al-yong the Sage oleh orang-orang Kesatuan Puak Arthdal.
  • sebagai Hae Ga-eun
pakar teknologi pertanian suku Hae di mana otak beliau amat bijak sehingga berpengetahuan luas tentang semua spesis dan baka tanaman.
  • Im Jin-woong sebagai Hae Kka-dak
pakar teknologi gangsa suku Hae. Walaupun beliau kebiasaannya malas dan tidak mempedulikan orang lain, beliau adalah penempa gangsa terbaik di kalangan suku Hae.
  • sebagai Hae Ddae-mun
anak lelaki Hae Kka-dak. Dengan hanya mendengar mereka berbual, anda mungki menjadi keliru siapa bapa dan siapa anak. Dia akan memarahi anda di saat anda tidak jangka

Persatuan Bachi sunting

  • sebagai Ha-rim
dukun Arthdal. lahir dalam suku White Mountain, beliau adalah dukun terulung di Arthdal. Selain dari kemahiran teknikal dalam pembedahan, beliau juga mampu mnengenali sebarang ubat herba dengan sekali pandang. Kemahiran beliau yang tinggi menyumbang kepada strategi Ta-gon bertukar realiti. Jika tiada Ha-rim, maka Arthdal tidak akan memenangi Perang Besar terhadap Neanthal. Beliau membawa beban kesalahan yang berat, mengetahui bahawa raman Neanthal mati dalam Perang Besar tersebut, dan bahawa Asa Hon tidak tahu akan konspirasi beliau, telah menghilangkan diri sejak perang itu berlaku, dengan tiada siapa tahu sama ada Asa Hon sudah mati atau masih hidup.
  • Ko Bo-gyeol[24] sebagai Chae-eun
seorang dukun wanita, anak perempuan Ha-rim, yang mempelajari perubatan dengan melihat bapanya dari kecil. Bijak dan ceria, jika Kesatuan Puak tidak dapat menemui Ha-rim, mereka akan mencari Chae-eun. Ha-rim banyak bergantung kepada Chae-eun sebagai sokongan moral. Beliau tidak prejudis terhadap Neanthal atau Igutu, malah membantu Eun-seom apabila dia tiba dari Iark.
  • Ahn Hye-won sebagai Nun-byeol
adik perempuan Chae-eun, anak perempuan kedua Ha-rim yang Ha-rim selamatkan dari medan perang dan dibesarkan sebagai anak kandung sendiri, sebenarnya adalah anak yatim dari kekejaman perang. Takut akan keadaan badan Nun-byeol yang lemah, Ha-rim mengajar Nun-byeol lawan pedang. Dia akan meniru pergerakan, namun setiap pergerakan tiada kekuatan fizikal dan cepat penat walaupun dari latihan yang pendek. Untuk semua kelemahan beliau, Nun-byeol mempunyai Chae-eun, kakaknya yang kuat dan bijak sebagai pelindungnya.
  • sebagai Su-chin
seorang pembantu di kuil perubatan yang berasal dari suku minoriti kecil. Dia akan patuh sebarang arahan dari Ha-rim dan Chae-eun.
  • sebagai Mu-Myung-jin
seorang artisan yang bekerja di kuarters kain-pewarna, berasal dari suku White Mountain.
  • sebagai Ul-baek
ketua Persatuan Bachi (kesatuan pedagang), berasal dari suku Saenyeok, beliau mempunyai pengaruh yang luas dalam pasar-pasar di Arthdal
  • sebagai Turihan
seorang ahli Persatuan Bachi yang amat bangga diri kerana berasal dari suku White Mountain. Beliau adalah pengikut puak Asa.
  • sebagai Ra-im
seorang ahli Persatuan Bachi yang bukan dilahirkan di benua Arth, namun amat bangga diri dalam menjadi sebahagian dari Kesatuan Arthdal.

Iark (Suku Wahan) sunting

  • Jung Suk-yong as Yeol-son
The Wahan Clan Chief, Tan-ya’s father. He has crafty hands and uses them to skillfully make small sculptures, furniture, or weapons. His inventions are rare items that have never been seen by the surrounding clans, and are highly coveted in bartering. One day, the warriors of Arthdal arrived in Iark, and Yeolson was kidnapped to Arthdal. In Arthdal, where civilization is progressing, a handy, quick learner like Yeolson is valued. The innocent Yeolson adapts to the ways of a civilization, and plays an important part in the history of Arth.
Wahan clan’s Great Spiritual Mother, who is as a noble existence in the clan. She took Tan-ya, the child of the blue comet under her wing, as her next successor. As a priestess, she has felt that a tremendous change is upon the land of Iark and the Wahan Clan. She also guessed that Tan-ya will be the center of that change. She is always anxious that the unpredictable Eun-seom and Tan-ya share a close relationship. Looking back upon the forbidden rules of Wahan that were passed through generations of Wahan’s Great Mothers, Eun-seom’s existence is a danger to the Wahan Clan.
  • Shin Joo-hwan as Dal-sae
Wahan’s greatest hunter and warrior, the successor of the Clan, but once he was kidnapped to Arthdal, that was quickly forgotten, and surviving was the only thing left in his mind. In Iark, Dal-sae was always picking on Eun-seom, as his rival, but becomes Eun-seom’s closest comrade in the future.
  • Park Jin as Moong-tae
A Wahan warrior who has many fears, he makes many mistakes while hunting as he was born without agility. However, he bears great strength that it’s hard to believe it belongs to a human. This strong but timid young man was quick to yield to the cruel military power of Arthdal.
  • Yang Kyung-won as Teo-dae
A pure and thick-skinned Wahan Warrior who is the next skilled hunter after Dal-sae amongst the Wahan.
  • Kim Choong-gil as Book-soe
A Wahan Warrior who may look like he’s the eldest brother, but he has the fragile heart of a child. He likes to eat, and when he was in Iark, he always had a piece of jerky in his mouth.
  • Go Na-hee as Do-ti
A Wahan child who survived the day of the Wahan tribe massacre. She goes with Eun-seom to Arthdal afterwards, and experiences a shocking world. Although she nags Eun-seom sassily, her existence itself gives strength to Eun-seom.
  • Shin Mun-sung as Doon-ji
  • Song Jae-ryong as Gum-bool
  • Park Ok-chool as Agaji
  • Kim Bi-bi as Wooroomi
Do-ti’s mother, the best sling-shot in Wahan.

Neanthal sunting

  • Yoo Tae-oh[26] sebagai Ragaz
bapa Eun-seom.
  • Moon Jong-won sebagai Raknrup
  • Ok Go-won sebagai Muteurubeu
  • Song Jong-ho sebagai Yiseuroobeu
  • Nichkhun[27] sebagai Rottip
    • Choi Ro-woon sebagai Rottip semasa kanak-kanak

Lain-lain sunting

  • Jo Byung-gyu sebagai Satenic [28] [29]
  • Choi Moo-sung
  • Kim Ji-soo sebagai Sae Na-rae [27]
  • Kim Sung-cheol sebagai Ipsaeng [27]

Produksi sunting

Pelakon dan kru menghadiri bengkel di Yangju, Gyeonggi-do, pada 21 Ogos 2018. [30] Bacaan skrip pertama telah diadakan pada 26 Ogos 2018. [31] Penggambaran secara rasmi bermula pada 5 Disember 2018 dengan upacara pembukaan set, yang pembinaannya berlangsung selama lapan bulan. [32] Drama itu difilemkan di luar negara di Brunei . Song Joong-ki yang pertama sekali pergi pada 24 Februari 2019. [33]

Drama ini berfungsi sebagai projek perjumpaan untuk Song Joong-ki dan Kim Ji-won yang kedua-duanya pernah membintangi drama hit tahun 2016 Descendants of the Sun. [4]

Penerimaan sunting

Sambutan kritikal sunting

Drama ini menerima ulasan bercampur-campur. Ia dikritik oleh peminat Game of Thrones kerana berkongsi persamaan dengan siri itu, sementara pengkritik merasakan bahawa ia menggunakan CGI yang lemah, mempunyai plot yamg berformula, mirip dengan drama fantasi asing dan filem-filem lain yang berpusat di zaman purba, jalan cerita yang boleh membuat penonton kehilangan minat. [34] [35] Sebaliknya, Nikko Dizon dari Rappler berkata, "Mungkin terdapat kesamaan dalam kostum-kostum atau bahkan sinematografi, tetapi untuk menuduh Arthdal Chronicles sebagai peniru [ Game of Thrones ] adalah amat dangkal." Dizon berkata drama itu "mempunyai kisah dan perisa tersendiri" dan "dibuat berkaitan kepada sesiapa yang suka drama sejarah." [36] Penulis Park Sang-yeon berkata, "Saya tidak akan memikirkan membandingkan siri kami untuk [ Game of Thrones ] dan saya tidak fikir matlamat kami adalah untuk mencipta sesuatu yang serupa. . . Saya tidak akan cuba membuat tuntutan untuk melakukan apa-apa yang serupa dengan rancangan itu dan saya tidak fikir ia adalah perbandingan yang sesuai. " Beliau menambah, "Kami cuba mencipta siri hebat dengan membina dunia fiksyen kita sendiri dengan imaginasi kami dan saya harap anda melihat siri kami seperti ini." [36]

Walaupun John Serba dari Decider.com memberi siri penarafan "Skip It", beliau berkata, "Arthdal berlaku pada masa yang lebih primitif daripada [ Game of Thrones ], dan nampaknya ditubuhkan untuk meneroka gagasan yang berbeza tentang makhluk manusia dan dahagakan kuasa dan harta benda. " Dia berkata bahawa drama itu lebih jauh membezakan dirinya dari Game of Thrones dengan ketiadaan adegan bogel dan adegan seksnya. [37] Penyumbang Forbes Joan MacDonald berkata, "Kerja kamera yang menakjubkan menjadikan The Arthdal Chronicles suatu keseronokan visual untuk menonton, menangkap panorama yang menyapu tempat yang meletupkan manusia dalam konteks dunia luas yang menunggu diterokai-dan mungkin ditaklukkan." [38]

Siri ini mendapat penarafan penonton yang lebih rendah daripada jangkaan, berbanding dengan bajet besarnya, [39] [40] tetapi episod pertama menerima penarafan sebanyak 6.7 peratus dan memuncak pada 8 peratus, meletakkannya terlebih dahulu untuk semua drama dalam slot masa yang sama, termasuk stesen penyiaran tanpa kabel. [41] Ia mencapai penarafan yang tinggi pada 9 Jun, dengan episod keempat, mencatatkan penarafan purata 7.7 peratus di seluruh negara, yang meningkat sebanyak 1.3 peratus dari malam sebelumnya. Episod itu memuncak pada 8.9 peratus di seluruh negara. [42]

Kontroversi sunting

Pasukan produksi dikritik kerana tidak mempedulikan kakitangan produksi mereka. Pasukan produksi dituduh melanggar undang-undang buruh dari kumpulan-kumpulan sivik tempatan, termasuk Pusat Hak Buruh Media Hanbit yang berpangkalan di Seoul dan Kesatuan Buruh Solidariti, kerana kru drama telah tertakluk kepada persekitaran kerja "membunuh" yang membuat mereka bekerja untuk 150 jam seminggu. [43] Organisasi-organisasi yang melaporkan Studio Dragon ke Pentadbiran Pekerjaan dan Buruh Seoul. Piawaian itu telah dipersetujui dan diumumkan oleh studio tersebut pada September lalu untuk meningkatkan persekitaran buruh kakitangannya. [34] [44] Studio Dragon bertindak balas terhadap tuduhan itu, dengan mengatakan mereka telah mematuhi peraturan buruh dalaman mereka, tetapi mengakui bahawa mereka telah mencatatkan 113 jam waktu penggambaran sepanjang minggu mereka pergi ke Brunei untuk memanfaatkan sepenuhnya masa mereka di luar negara. Studio itu menafikan laporan bahawa terdapat anggota kakitangan yang cedera diabaikan dan dipaksa untuk terus bekerja. [45] [34]

Runut bunyi sunting

Bahagian 1 sunting

Dilancarkan pada 6 Julai 2019 (2019-07-06)
No.TajukArtisMasa
1."The Poem of Destiny (운명의 시)"Ailee3:39
2."The Poem of Destiny (운명의 시)" (Inst.) 3:39
Jumlah masa: 7:18


Penilaian sunting

Dalam jadual ini, nombor biru mewakili penilaian terendah dan nombor merah mewakili penarafan tertinggi. [46]

Ep. Tarikh siaran Purata perkongsian penonton
AGB Nielsen [47] TNmS
Di seluruh negara Seoul Di seluruh negara
Bahagian 1: The Children of Prophecy (예언 의 아이들)
1 1 Jun, 2019 6.729% 7.736% 7.501% [48]
2 2 Jun, 2019 7.310% 8.222% 7.399% [49]
3 8 Jun 2019 6.435% 6.454%
4 9 Jun 2019 7.705% 8.952% 7.719% [50]
5 15 Jun, 2019 5.787% 5.955%
6 16 Jun 2019 7.226% 7.757% 6.2%
Bahagian 2: Sky Turning Inside Out, Land Rising (뒤집히는 하늘, 일어나는 땅)
7 22 Jun, 2019 5.792% 6.199%
8 23 Jun, 2019 6.496% 7.110% 6.9%
9 29 Jun 2019 5.767% 6.408% 5.8%
10 30 Jun, 2019 6.775% 7.461%
11 6 Julai 2019 6.258% 7.131%
12 7 Julai 2019 6.771% 7.325%
Bahagian 3: The Prelude to All Legends (아스, 그 모든 전설 의 서곡)
13
14
15
16
17
18
Purata % % %
Khas 26 Mei 2019 2.290% 2.804%

Drama ini disiarkan di saluran kabel / TV berbayar yang lazimnya mempunyai penonton yang lebih kecil berbanding dengan TV percuma / penyiar awam percuma (KBS, SBS, MBC dan EBS).

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2018 Korea First Brand Awards Drama yang Paling Diharapkan tahun 2019 Arthdal Chronicles Menang [51]

Rujukan sunting

  1. ^ Hong, Se-young (April 30, 2019). "'아스달 연대기' 파트3까지 제작 확정…6월1일 첫방송 [공식입장]". Sports Donga (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 30, 2019.
  2. ^ Arthdal Chronicles tvN 아스달 연대기 첫 티저 최초 공개! 190601 EP.0 (dalam bahasa Korea). tvN Drama. Dicapai pada April 12, 2019.
  3. ^ Sung Ji-eun (July 20, 2018). "Star-studded cast of tvN drama revealed". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada July 20, 2018.
  4. ^ a b "[공식] 송중기X장동건X김지원 '아스달 연대기' 확정..내년 상반기 방송" (dalam bahasa Korea). July 26, 2018. Dicapai pada July 26, 2018. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "reunion" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  5. ^ Kim Soo-jin (July 26, 2018). "Song Joong-ki and Jang Dong-gun confirmed to star in 2019 Korean drama 'Asdal Chronicles'". South China Morning Post. Dicapai pada July 26, 2018.
  6. ^ "Cast, producer nervous, excited ahead of 'Arthdal Chronicles' premiere". The Korea Times. May 30, 2019.
  7. ^ "Arthdal Chronicles' to explore fabled, first monarchy on Korean Peninsula [VIDEO]". The Korea Times. April 14, 2019.
  8. ^ "'Arthdal Chronicles' is a big-budget fantasy epic: Set in ancient Korean history, humans and other races strive for power". Korea JoongAng Daily. May 30, 2019.
  9. ^ Woo Jae-yeon (May 28, 2019). "Big-budget ancient fantasy drama 'Arthdal Chronicles' to hit small screen this week". Yonhap News Agency. Dicapai pada July 26, 2018.
  10. ^ "Netflix Boards Korean Fantasy 'Arthdal Chronicles'". Variety. April 29, 2019.
  11. ^ "아스달연대기 | 기획의도". tvN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-06-03.
  12. ^ "아스달연대기 | 기획 의도". tvN (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-06-14.
  13. ^ Im Eun-byul (July 26, 2018). "Song Joong-ki to star in 'Asadal Chronicles'". Kpop Herald. Dicapai pada July 26, 2018.
  14. ^ Woo Jae-yeon (July 26, 2018). "Actor Song Joong-ki cast in tvN series 'Asdal Chronicle'". Yonhap News Agency. Dicapai pada July 26, 2018.
  15. ^ "Song Joong-ki to Exude 'Primitive' Masculinity in Upcoming TV Series". The Chosun Ilbo. April 20, 2019.
  16. ^ "'Arthdal Chronicles' features Song Joong-ki as half-neanderthal hero in antiquity". The Korea Herald. 29 May 2019.
  17. ^ "Song Joong-ki Returns to TV with New Epic Series". The Chosun Ilbo. 1 June 2019.
  18. ^ "[단독] 김옥빈, '아스달 연대기' 출연 최종 확정...장동건·송중기와 호흡". YTN (dalam bahasa Korea). August 23, 2018. Dicapai pada August 26, 2018.
  19. ^ a b c d e f "'아스달 연대기' 장동건X송중기, 12人 메인 포스터 공개". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2019-05-21.
  20. ^ a b c "[단독]정제원부터 박해준까지 '아스달' 캐스팅 완료(종합)". Ilgan Sports (dalam bahasa Korea). August 27, 2018. Dicapai pada August 27, 2018.
  21. ^ "[단독] 조성하·최무성·박병은, 장동건·송중기 '아스달 연대기' 합류". News1 (dalam bahasa Korea). August 27, 2018. Dicapai pada August 27, 2018.
  22. ^ "Choo Ja-hyun set to appear in tvN drama". Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Korea). August 28, 2018. Dicapai pada August 29, 2018.
  23. ^ "조성하, '아스달연대기' 출연 확정..'백일의 낭군님' 이어 열일中[공식입장]". Osen (dalam bahasa Korea). September 28, 2018.
  24. ^ "[단독] 고보결, 화제작 '아스달연대기' 출연…송중기·장동건과 호흡". Sports Donga (dalam bahasa Korea). September 5, 2018.
  25. ^ "김호정, tvN 드라마 '아스달 연대기' 캐스팅 확정". My Daily (dalam bahasa Korea). September 19, 2018.
  26. ^ "'칸의 남자' 유태오, tvN '아스달 연대기' 출연 확정 [공식]". News1 (dalam bahasa Korea). August 27, 2018. Dicapai pada August 27, 2018.
  27. ^ a b c Empty citation (bantuan)
  28. ^ Empty citation (bantuan)
  29. ^ Empty citation (bantuan)
  30. ^ Empty citation (bantuan)
  31. ^ Empty citation (bantuan)
  32. ^ Empty citation (bantuan)
  33. ^ Empty citation (bantuan)
  34. ^ a b c Empty citation (bantuan)
  35. ^ Empty citation (bantuan)
  36. ^ a b Empty citation (bantuan)
  37. ^ Empty citation (bantuan)
  38. ^ Empty citation (bantuan)
  39. ^ Empty citation (bantuan)
  40. ^ Empty citation (bantuan)
  41. ^ Empty citation (bantuan)
  42. ^ Empty citation (bantuan)
  43. ^ Empty citation (bantuan)
  44. ^ Empty citation (bantuan)
  45. ^ Empty citation (bantuan)
  46. ^ Empty citation (bantuan)
  47. ^ Empty citation (bantuan)
  48. ^ Empty citation (bantuan)
  49. ^ Empty citation (bantuan)
  50. ^ Empty citation (bantuan)
  51. ^ Kang, Mi-hwa (December 19, 2018). [영상M] 스트레이 키즈 방찬 "음악으로 저희의 메시지 전할게요" 대한민국 퍼스트브랜드 대상 포토월 (dalam bahasa Korean). Dicapai pada December 20, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting