Sir Arthur Stanley Eddington OM FRS[1] (28 Disember 1882 – 22 November 1944) adalah seorang ahli falak, ahli fizik, dan ahli matematik Inggeris. Beliau juga merupakan seorang ahli falsafah sains yang mempopularkan bidang tersebut. Had Eddington, had semula jadi untuk kekilauan bintang, atau sinaran yang dihasilkan oleh tokokan pada objek padat, dinamakan sedemikian bagi menghormatinya.

Arthur Eddington
OM FRS
Arthur Stanley Eddington (1882–1944)
LahirArthur Stanley Eddington
(1882-12-28)28 Disember 1882
Kendal, Westmorland, England, United Kingdom
Mati22 November 1944(1944-11-22) (umur 61)
Cambridge, Cambridgeshire, England, United Kingdom
KerakyatanInggeris
KerakyatanBritish
Alma materUniversity of Manchester
Trinity College, Cambridge
Digelar
  • Penghampiran Eddington
  • Uji kaji Eddington
  • Geometri afin Eddington
  • Had Eddington
  • Nombor Eddington
  • Injap Eddington
  • Nombor Eddington–Dirac
  • Koordinat Eddington–Finkelstein
  • Model najam Eddington
  • Peredaran Eddington–Sweet
AnugerahPingat Diraja Persatuan Diraja (1928)
Hadiah Smith (1907)
Pingat Emas RAS (1924)
Pingat Henry Draper (1924)
Pingat Bruce (1924)
Knight Bachelor (1930)
Darjah Bakti (1938)

Sekitar tahun 1920, beliau menjangkakan penemuan dan mekanisme proses pelakuran nuklear dalam bintang, di dalam kertas beliau "The Internal Constitution of the Stars".[2][3] Pada masa itu, sumber tenaga bintang adalah misteri sepenuhnya, dan Eddington merupakan orang pertama yang membuat spekulasi dengan betul bahawa sumbernya adalah pelakuran hidrogen ke dalam helium.

Eddington menulis beberapa rencana yang mengumumkan dan menjelaskan teori kerelatifan am Einstein kepada dunia berbahasa Inggeris. Perang Dunia I telah memutuskan banyak komunikasi saintifik, dan perkembangan baru sains di Jerman tidak begitu terkenal di England. Beliau turut melakukan ekspedisi untuk melihat gerhana matahari pada 29 Mei 1919, yang memberikan salah satu pengesahan terawal bagi kerelatifan am, dan beliau dikenali dengan eksposisi dan tafsiran teori yang popular.

Rujukan sunting

  1. ^ Plummer, H. C. (1945). "Arthur Stanley Eddington. 1882–1944". Obituary Notices of Fellows of the Royal Society (dalam bahasa Inggeris). 5 (14): 113–126. doi:10.1098/rsbm.1945.0007.
  2. ^ The Internal Constitution of the Stars A. S. Eddington The Scientific Monthly Vol. 11, No. 4 (Okt., 1920), pp. 297–303 JSTOR 6491
  3. ^ Eddington, A. S. (1916). "On the radiative equilibrium of the stars". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society (dalam bahasa Inggeris). 77: 16–35. Bibcode:1916MNRAS..77...16E. doi:10.1093/mnras/77.1.16.