Artur Boruc (lahir 20 Februari 1980) merupakan pemain bola sepak Poland yang kini bermain untuk Bournemouth secara pinjaman dari kelab Southampton. Beliau bermain di posisi penjaga gol.

Artur Boruc
Maklumat peribadi
Nama penuh Artur Boruc[1]
Tarikh lahir (1980-02-20) 20 Februari 1980 (umur 44)
Tempat lahir Siedlce, Poland
Ketinggian 1.93 m (6 ka 4 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Bournemouth
(pinjaman dari Southampton)
Nombor 31
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–1999 Pogoń Siedlce 12 (0)
1999–2005 Legia Warszawa 69 (1)
2000Dolcan Ząbki (pinjaman) 12 (0)
2005Celtic (pinjaman) 9 (0)
2005–2010 Celtic 153 (0)
2010–2012 Fiorentina 62 (0)
2012– Southampton 49 (0)
2014–Bournemouth (pinjaman) 30 (0)
Pasukan kebangsaan
2004– Poland 59 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Mac 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2014

Kerjaya kelab sunting

Boruc memulakan kerjaya bola sepaknya pada 1998 di Pogoń Siedlce, di kampung halamannya.

Legia Warsaw sunting

Pada musim seterusnya, Boruc berpindah ke Legia Warsaw. Beliau kemudian dipinjam pada tahun 2000 selama setengah musim ke Dolcan Ząbki.

Pada 8 Mac 2002, Boruc bermain pada perlawanan liga pertama mereka untuk Legia ketika seri 2-2 menentang Pogoń Szczecin. Beliau menggantikan Radostin Stanev yang mengalami kecederaan ketika permainan. Boruc kemudian bermain untuk empat perlawanan Legia dan mengekalkan rekod tanpa bolos ketika menentang Wisła Kraków dan Odra Wodzisław walaupun Stanev telah beransur pulih daripada kecederaan. Legia kemudian memenangi trofi liga Ekstraklasa buat kali pertama sejak tujuh tahun.

Pada musim berikutnya iaitu musim 2002–03, Boruc menjadi pilihan pertama penjaga gol ketika beliau bermain 11 daripada 15 perlawanan terakhir liga.

Pada musim 2003–04, Boruc menjadi penjaga gol pertama untuk Legia Warsaw dan bermain kesemua 26 perlawanan liga. Pada Jun 2004, Boruc menjaringkan gol untuk Legia melalui tendangan penalti menentang Widzew Łódź, 6–0. Legia menduduki tempat kedua liga dan layak ke Piala UEFA pada musim berikutnya.

Musim 2004–05 dilihat Boruc menjadi pemain kunci Legia dan ikon peminat kelab. Beliau juga bermain kesemua perlawanan liga. Pada Mac 2005, beliau menjadi kapten pasukan Legia. Walau bagaimanapun, kelab beliau menduduki tempat kedua di belakang Wisła Kraków yang menjadi juara tiga tahun berturut-turut. Legia layak ke peringkat kelayakan Piala UEFA seterusnya selepas menewaskan FC Tbilisi 7–0 pada agregat namun tewas 4-1 kepada FK Austria Wien.

Celtic sunting

Pada 20 Julai 2005, Boruc menandatangani kontrak bersama Celtic. Pada 5 Januari 2008, beliau dilaporkan telah menandatangani kontrak baru sehingga 2011.

Boruc membuat debut untuk Celtic pada 2 Ogos 2005 apabila beliau menggantikan David Marshall pada perlawanan kedua kelayakan Liga Juara-Juara apabila seri menentang Artmedia Bratislava dari Slovakia. Pada musim pertamanya di Celtic, beliau telah membuat 40 penampilan dan mengekalkan rekod tanpa bolos sebanyak 17 kali.

Pada musim berikutnya, beliau telah membantu Celtic untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara menentang Manchester United selepas menyelamatkan tendangan penalti oleh Louis Saha pada minit ke-89 pada 26 November 2006 dan Celtic menang 1-0. Beliau menjadi pemain terbaik bulanan pada edisi Disember 2006 di Liga Perdana Scotand. Beliau juga menerima anugerah Pemain Terbaik PFA Scotland pada tahun 2007.

Pada permulaan musim 2007-08, Boruc telah menyelamatkan dua tendangan penalti ketika penentuan penalti menentang Spartak Moscow pada pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara. Musim ini juga dilihat Celtic menjadi juara liga sebanyak tiga kali berturut-turut.

Pada 28 Januari 2009, Boruc menyempurnakan tendangan penalti untuk Celtic ketika perlawanan separuh akhir Piala Liga menentang Dundee United, lalu membantu Celtic untuk menang 11-10. Boruc mengekalkan rekod tanpa bolos pada perlawanan akhir menentang Rangers pada masa tambahan, 2-0.

Pada 12 Disember 2009, Boruc membuat penampilan ke-200 untuk Celtic menentang Motherwell dan Celtic menang 3–2. Pada 4 Mei 2010, Boruc bermain pada perlawanan terakhirnya di Celtic dengan kemenangan 2-1 ke atas Rangers dan walau bagaimanapun, beliau terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan. Beliau mengalami keretakan pada jari dan terpaksa berehat sepanjang musim.

Fiorentina sunting

Pada 12 Julai 2010, Celtic sedia untuk menjual Boruc ke kelab Serie A, Fiorentina dengan bayaran tertutup. Perpindahan telah disahkan tiga hari kemudian.

Beliau membuat debut untuk Fiorentina pada 26 Oktober 2010 menentang Empoli pada saingan Coppa Italiana. Selepas Sébastien Frey mengalami kecederaan, beliau telah membuat debut liga dengan menang tipis 1-0 ke atas Chievo pada 7 November 2010. Boruc kemudian bermain 25 perlawanan liga sebelum Frey mengambil alih tempat dan bermain dua permainan yang berbaki sebelum tamat.

Pada 18 Ogos 2011, Boruc akhirnya menyarung jersi nombor satu Fiorentina selepas Frey berpindah ke Genoa. Pada tahun berikutnya, Borus bermain kesemua perlawanan Fiorentina kecuali dua perlawanan tetapi beliau dikritik kerana sebahagian aksi beliau seperti bermain sambil lewa. Selepas dua musim di Itali, Boruc telah dipecat oleh Fiorentina pada Julai 2012.

Southampton sunting

Pada 22 September 2012, Boruc berpindah ke Southampton bersama kontrak setahun. Beliau membuat debut untuk Southampton pada 20 Oktober ketika menang 4-1 ke atas West Ham United.

Pada 28 October 2012, beliau terlibat dalam satu kemalangan ketika gol kedua Tottenham Hotspur, beliau telah dikritik oleh peminat serta dibaling dengan botol air ke arah permainan.

Sejak itu, Boruc bermain kesemua perlawanan liga dari 1 Januari 2013 sehingga penghujung musim. Pada 9 Mac 2013, beliau telah menyelamatkan tendangan penalti oleh Grant Holt pada minit ke-90, kedudukan seri 0-0. Boruc kemudian menandatangani kontrak untuk melanjutkkan kariernya di kelab itu. Pada 18 April 2013, beliau disahkan telah menandatangani kontrak dua tahun.

Setelah menjadi penjaga gol pertama di Southampton, Boruc memulakan musim 2013-14 dengan aksi terbaik. Kelab inih menang selesa 2-0 ke atas Fulham pada 26 Oktober 2013 dan dilihat pasukan ini mengumpul 18 mata dan memasuki tempat ketiga liga.

Pada November 2013,beliau mengalami kecederaan tangan selepas cuba untuk menampan keluar jaringan gol Demba Ba ketika tewas 3-1 kepada Chelsea dan beliau terpaksa dikeluarkan selama enam minggu. Boruc kembali daripada cedera pada 11 Januari 2014 dan mengekalkan rekod tanpa bolos apabila menang tipis 1-0 ke atas West Brom. Aksi Boruc yang baik membantu Southampton menduduki tempat kelapan liga.

Pada permulaan musim 2014-15, Fraser Forster tiba di Southampton dari Celtic dengan bayaran 10 juta euro lalu beliau mengambil alih posisi sebagai penjaga gol.

Bournemouth sunting

Pada 19 September 2014, Boruc berpindah ke kelab Liga Kejuaraan, Bournemouth secara pinjaman sehingga Januari 2015. Beliau membuat debut pada hari berikutnya ketika seri 1-1 bertemu Watford. Pada 25 Oktober 2014, Bournemouth menang besar 8-0 ke atas Birmingham City. Ini kali pertama skuad Cherries menjaringkan lapan gol di perlawanan liga dan merupakan jaringan tertinggi liga. Pada perlawanan itu juga, beliau menyelamatkan tendangan penalti oleh Paul Caddis pada minit ke-53 ketika kedudukan 3-0. Pada penghujung Disember 2014, Boruc mengekalkan sembilan rekod tanpa bolos pada 18 perlawanan. Beliau kemudian dilanjutkan kontrak sehingga penghujung musim.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Boruc bersama pasukan kebangsaan Poland pada November 2013.

Boruc membuat debut untuk pasukan kebangsaan Poland pada 28 April 2004 pada perlawanan persahabatan menentang Republik Ireland. Beliau menggantikan Jerzy Dudek pada separuh masa kedua, seri 0-0. Boruc melakukan kemunculan penuh pada 12 Julai 2004 menentang Amerika Syarikat pada perlawanan persahabatan.

Boruc terpilih dalam 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Beliau telah merebut tempat sebagai penjaga gol pertama bersama Tomasz Kuszczak dan juga Łukasz Fabiański. Beliau telah bermain pada perlawanan pertama kejohanan menentang tuan rumah, Jerman tetapi tewas 1-0.

Boruc menjadi pilihan pertama penjaga gol pada skuad UEFA Euro 2008. Beliau bermain pada perlawanan pertama menentang Jerman dan menentang Austria. Beliau berjaya menampan tiga rembatan dari pasukan Austria kecuali satu daripada jaringan penalti pada masa tambahan, seri 1-1. Skuad Poland di Euro 2008 telah dikritik oleh Zbigniew Boniek, pemain lagenda Poland pada era 1970an dan 1980an. Namun, Boniek telah menggelarkan Boruc sebagai "kelas dunia".

Boruc menimbulkan kemarahan pengurus Leo Beenhakker pada Ogos 2008 ketika beliau dan dua rakan sepasukan pergi keluar malam selepas persahabatan menentang Ukraine dengan tidak ada alasan perintah pengurus mereka. Sebagai hukuman, Boruc, Dariusz Dudka dan Radoslaw Majewski telah digantung oleh Beenhakker pada dua perlawanan antarabangsa seterusnya.

Selepas tidak bermain selama dua tahun untuk Poland, Boruc telah dipanggil semula ke skuad Poland pada Januari 2013 dan bermain pada perlawanan menentang Republik Ireland dengan kecundang di pihak lawan dua berbalas satu pada 6 Februari 2013.

Statistik sunting

Sehingga 18 November 2014
Pasukan kebangsaan Poland
Tahun Kemunculan Rekod tanpa gol
2004 4 2
2005 9 4
2006 8 3
2007 10 4
2008 8 1
2009 5 2
2010 2 0
2011 0 0
2012 0 0
2013 10 3
2014 3 1
Jumlah 59 20

Catatan sunting

  1. ^ "Barclays Premier League Squad Numbers 2013/14". Premier League. 16 August 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-21. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ "Goal - Bournemouth - Artur Boruc". Goal.com. 2015. Dicapai pada 12 January 2015. line feed character in |title= at position 8 (bantuan)

Pautan luar sunting

Templat:Skuad AFC Bournemouth