Senator Datuk Arzmi Abd Hamid adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Kedah,Malaysia.

Beliau menang Pilihan raya umum Malaysia 2004 atas tiket Barisan Nasional/UMNO. Beliau mengalahkan Dr. Hamdan Mohamed Khalib dari PAS dengan majoriti 5,151 undi. Tetapi tewas kepada Dr. Hamdan Mohamed Khalib dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 dengan majoriti 79 undi. Kawasan Tanjung Dawai pernah dimenangi oleh wartawan Utusan Malaysia Rosnah Abdul Majid Pilihan raya umum Malaysia 1999. Tokoh bola sepak Kedah , Datuk Badri Yunus menang di sini dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995. [1]

Meninggal dunia sunting

Pada 27 Julai 2014, Datuk Arzmi Abdul Hamid meninggal dunia di Hospital Pakar Metro, Sungai Petani, Kedah. Beliau berusia 59 tahun menghidap penyakit jantung menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.50 pagi di sisi ahli keluarganya.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri Kedah yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain memaklumkan bahawa Allahyarham dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan dan serangan sakit jantung.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "N26 TANJONG DAWAI Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-19. Dicapai pada 2021-09-23.
  2. ^ Bekas ADUN Tanjung Dawai meninggal dunia