Asal tempatan (ekologi)

Dalam biogeografi, satu spesis dikatakan asal asli (atau asal tempatan) di sesebuah kawasan atau ekosistem jika ia hadir di kawasan tersebut hasil daripada proses semula jadi, tanpa campur tangan manusia. Setiap organisma semula jadi (berlawawan dengan organisma yang dipelihara) mempunyai lingkungan semula jadi penyebarannya yang dirujuk sebagai asli. Di luar kawasan asli itu, satu spesis mungkin diperkenalkan oleh aktiviti manusia; ia kemudian dirujuk sebagai spesies dikenal di dalam kawasan tersebut disebabkan campur tangan manusia.

Spesis asal tempatan tidak semestinya endemik. Dalam biologi dan ekologi, endemik bermaksud khusus asli kepada biota tempat tertentu. Satu spesis asal tempatan mungkin ada di dalam kawasan selain daripada yang dinyatakan.

Istilah endemik dan asli tidak menandakan bahawa sesuatu organisma semestinya berasal atau berevolusi di mana ia dijumpai.

Rujukan sunting