Parasetamol

(Dilencongkan dari Asetaminofen)

Acetaminophen (Amerika Syarikat) atau paracetamol (United Kingdom), adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal dan sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsema dan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.

Parasetamol
N-Acetyl-p-aminophenol.svg
Paracetamol-3D-balls.png
Terapi gen
Data klinikal
Kategori
kehamilan
  • AU: A
  • selamat
Kaedah
pemberian
Oral, rektum, intravena
Kod ATC
Data fisiologi
Status perundangan
Status perundangan
Data farmakokinetik
Bioketersediaanhampir 100%
Metabolisme90 hingga 95% hepar
Penyingkiran separuh hayat1–4 jam
Perkumuhanrenal
Pengecam
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.002.870 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC8H9NO2
Jisim molar151.17 g/mol
Ketumpatan1.263 g/cm3
Takat lebur169 °C (336 °F)
Keterlarutan dalam air1.4 g/100 ml atau 14 mg/mL (20 °C)
Halaman data

Berbeza dengan dadah analgesik yang lain seperti aspirin dan ibuprofen, parasetamol atau asetaminofen tiada sifat anti-keradangan. Jadi parasetamol tidak tergolong dalam dadah jenis NSAID. Dalam dos normal, asetaminofen tidak menyakitkan permukaan dalam perut atau mengganggu gumpalan darah, ginjal atau duktus arteriosus fetus.

EtimologiSunting

Perkataan asetaminofen dan parasetamol berasal daripada singkatan nama kimia bahan tersebut:

Versi Amerika (asetaminofen)

N-asetil-para-aminofenol

Versi Inggeris (parasetamol)

para-asetil-amino-fenol

SejarahSunting

Sebelum penemuan asetaminofen, kulit sinkona digunakan sebagai agen antipiretik, selain digunakan untuk menghasilkan drug antimalaria, kuinina.

Apabila pokok sinkona semakin berkurangan pada 1880-an, sumber alternatif mula dicari. Terdapat dua agen antipiretik dibangunkan pada 1880-an; asetanilida pada 1886 dan fenasetin pada 1887. Pada masa ini, asetaminofen telah disintesis oleh Harmon Northrop Morse melalui pengurangan p-nitrofenol bersama timah dalam asid asetik glasier. Biarpun proses ini telah dijumpai pada tahun 1873, asetaminofen tidak digunakan dalam bidang perubatan sehinggalah dua dekad selepasnya. Pada 1893, asetaminofen telah ditemui di dalam air kencing seorang individu yang mengambil fenasetin, yang memekat kepada hablur campuran berwarna putih dan berperisa pahit. Pada tahun 1899, asetaminofen dijumpai sebagai metabolit asetanilida. Namun penemuan ini tidak diambil peduli pada ketika itu.

Pada 1946, Institut Pengajian Analgesik dan Drug Sedatif telah memberi bantuan kepada Jabatan Kesihatan Bandaraya New York untuk mengkaji masalah berkaitan agen analgesik. Bernard Brodie dan Julius Axelrod telah ditugaskan untuk mengkaji mengapa agen bukan aspirin dikaitkan dengan kewujudan methemoglobinemia, sejenis keadaan darah tidak berbahaya. Di dalam tulisan mereka pada 1948, Brodie dan Axelrod mengaitkan penggunaan asetanilida dengan methemoglobinemia dan mendapati kesan analgesik asetanilida adalah disebabkan metabolit asetamofen yang aktif. Mereka membela penggunaan asetaminofen memandangkan bahan kimia ini tidak menghasilkan kesan kesan toksik asetanilida.

Bentuk dijualSunting

 
Pil asetaminofen

Antara jenama yang popular ialah Panadol dan Tylenol. Panadol boleh didapati di lebih 80 negara di Eropah, Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Australasia. Tylenol pula terkenal di Amerika Utara.