Asetat
Asetat ialah ion negatif, atau anion, yang biasa dijumpai di dalam larutan akueus. Ion ini kerap ditulis dengan formula kimia C2H3O2−. Molekul-molekul neutral yang dibentuk dengan gabungan ion asetat dengan satu ion positif (atau kation) juga kerap dipanggil "asetat". Yang teringkas daripada ini ialah hidrogen asetat, atau asid asetik, dengan padanan garam, ester, dan anion poliatom CH3CO2−, atau CH3COO−.
Asetat | |||
---|---|---|---|
Asetat | |||
Nama lain | Etanoat | ||
Pengenalpasti | |||
Imej Jmol-3D model
|
|||
ChemSpider | |||
PubChem CID
|
|||
| |||
| |||
Sifat | |||
CH3CO− 2 | |||
Jisim molar | 59.04 g mol−1 | ||
Kecuali di mana yang dinyatakan, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan standardnya (pada 25 °C, 100 kPa) | |||
Rujukan infobox |
Kebanyakan daripada hampir-hampir 5 bilion kilogram asid asetik yang dihasilkan secara tahunan dalam perindustrian digunakan dalam penghasilan asetat, yang biasanya mengambil bentuk polimer. Dari segi sifat, asetat ialah bongkah binaan paling kerap untuk biosintesis. Contohnya, asid lemak dihasilkan dengan penghubungan dua atom karbon daripada asetat dengan asid lemak yang membesar.[1]
StrukturSunting
Model isi ruang bagi anion asetat Hibrid resonans bagi anion asetat Bentuk berkanun bagi anion asetat
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ March, J. “Advanced Organic Chemistry” edisi ke-4. J. Wiley and Sons, 1992: New York, Amerika Syarikat. ISBN 0-471-60180-2.
Pautan luarSunting
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Asetat |