Ashvin Kumar Nair (lahir 26 Jun 1980) ialah seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia dan bekas peserta Malaysian Idol 2.

Ash Nair
Latar belakang
Nama lahirAshvin Kumar Nair
Kelahiran (1980-06-26) 26 Jun 1980 (umur 43)
Berasal dariIpoh, Perak, Malaysia
GenreAlternatif
Tahun aktif2005 — kini
Pengkarya berkait
Faizull Herman
Laman sesawang
Ash Nair di MySpace

Kerjaya muzik sunting

Ash julung kali diperkenalkan kepada penonton Malaysia dengan menjadi salah seorang finalis musim kedua Malaysian Idol, yang disiarkan di 8TV dan TV3 pada tahun 2005. Setelah mencapai kedudukan kelima keseluruhan dalam pertandingan ini, Ash menyertai alam rakaman muzik bersama Greg Henderson, seorang penerbit rakaman yang pernah meraih anugerah AIM dan ARIA, dengan harapan menunjukkan kebolehan kreativiti muzik beliau.

Ash Nair melancarkan irama baru beliau kepada pendengar Malaysia melalui single pertama yang bertajuk A Day Before Tomorrow yang mampu mencapai #1 di carta Xfresh FM selama beberapa minggu serta banyak diputarkan di Fly FM dan hitz.fm.

Kemudian, Ash melangkah ke hadapan dengan bekerjasama dengan Hue Visualabs untuk membentuk video muzik pertama beliau. Pembikinan video itu mengambil masa lima bulan dan hasilnya disambut baik sebagai antara video muzik buatan Malaysia yang terbaik.

Album sulung Nair, berjudul Chameleon, mengandungi sepuluh lagu, iaitu dua dalam Bahasa Malaysia dan selebihnya dalam bahasa Inggeris. Dua daripada lagu-lagu tersebut disusun oleh JD dari kumpulan Pop Shuvit dan diterbit oleh JD bersama Ash. Jamie Wilson, Rudy & JD dari Pop Shuvit dan pemain sitar virtuoso Sam turut menyumbang kepada beberapa lagu.[1]

Nair melancarkan single Crazy di Fly FM dan Hitz.fm, serta versi Bahasa Malaysianya (Rindu) yang diterbit bersama rakan Malaysian Idol beliau Faizull. Video muzik untuk lagu ini menampilkan rapper MC Vandal dari Kanada, Moots! dari kumpulan Pop Shuvit, Harith Iskander, Chelsia Ng dan Vanessa Chong (adik Vince Chong dan bekas peserta The Amazing Race Asia).[2]

Lakonan sunting

Nair turut menceburi bidang lakonan melalui filem bebas bertemakan noir muzikal berjudul Red Street Diner. Beliau juga terlibat dalam pementasan seperti Frogway: the Musical dan Kam...In Your Face.

Malaysian Idol 2 sunting

  • Workshop 2 - "Kiss From A Rose" (Seal)
  • Top 11 - "I Don't Want Be" (Gavin DeGraw)
  • Top 9 - "Lady In Red" (Chris DeBurgh)
  • Top 8 - "Ain't Too Proud to Beg" (The Temptations)
  • Top 7 - "Mustika" (M. Nasir)
  • Top 6 - "With or Without You" (U2)
  • Top 5 -
    • "Kissing A Fool" (George Michael)
    • "Jeritan Batinku" (P. Ramlee)

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album kompilasi sunting

Single sunting

  • A Day Before Tomorrow
  • Crazy
  • Rindu

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Malaysian Idol 2 Peserta 8TV Tersingkir dikonsert Top 5

Rujukan sunting

  1. ^ Logeswary S. (2008-03-16). "Living the crazy life". The Star. Dicapai pada 2008-05-03.
  2. ^ "Premier of Ash Nair's Spankin' NEW Video - 'Crazy'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-12. Dicapai pada 2008-05-03.

Pautan luar sunting