Buka menu utama

Ashraf Daniel Mohamad Sinclair (lahir 8 September 1979) ialah seorang pelakon, peragawan dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau terkenal menerusi watak Eddy dalam filem Gol & Gincu.[1]

Ashraf Sinclair
DaniAsh Ashraf+Sinclair.jpg
KelahiranAshraf Daniel Mohamad Sinclair
(1979-09-18) 18 September 1979 (umur 40)
Croydon, England
Kediaman
WarganegaraMalaysia-British
Pekerjaanpelakon, peragawan dan pengacara televisyen
Tahun aktif2004–kini
PasanganBunga Citra Lestari (berkahwin 2008)
Anak1
Ibu bapaMohamed Anthony John Sinclair (bapa)
Khadijah Abdul Rahman (ibu)
SaudaraAishah Sinclair (adik)
Adam Sinclair (adik)
Yuna Zarai (adik ipar)

Kehidupan awalSunting

Ashraf dilahirkan pada 18 September 1979 di Croydon, England kepada Mohamed Anthony John Sinclair yang berbangsa Inggeris dan Khadijah Abdul Rahman yang berbangsa Melayu. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik, adik-beradiknya ialah Aishah Jennifer (lahir 1980) dan Adam (lahir 1981).

KerjayaSunting

Ashraf mula dikenali ramai dengan mengacarakan sebuah rancangan berkenaan filem terkini Box Office Now (ntv7) pada tahun 2005. Kemudian beliau menempah nama sebagai pelakon dengan memegang watak Eddy dalam filem Gol & Gincu arahan Bernard Chauly pada tahun yang sama dan siri televisyen yang menyusulnya pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2006 beliau mengambil alih tempat Awal Ashaari sebagai hos Beat TV bersama Sazzy Falak di Astro Ria serta digantikan dengan Ezlynn sebagai pengacara Mentor di TV3. Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.

Kini Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga.

Ashraf pernah diundi sebagai "Bachelor with the Coolest Character" (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo's 50 Most Eligible Bachelors.

Kehidupan peribadiSunting

Pada pertengahan tahun 2007, Ashraf terjebak dalam kontroversi apabila didapati bercium mulut dengan kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari di Bali. Tindakan beliau didapati sebagai mencabul sensitiviti sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Islam.[2][3] Hubungan mereka berdua akhirnya disambut baik dan mereka berkahwin pada November 2008 di Jakarta.[4][5] Anak sulung pasangan ini, Noah dilahirkan pada 2010.

Adik beliau, Adam Sinclair berkahwin dengan penyanyi Yuna Zarai.

FilemografiSunting

Kunci
  Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2004 SH3 Khairul Zek Zukry Filem pertama
2005 Gol & Gincu Eddy Bernard Chauly
2008 Saus Kacang Fredo Indrayanto Kurniawan Filem Indonesia
2009 The Real Pocong Ivan Hanny R. Saputra
2018 Bayi Gaib Rafa Rizal Mantovani
2019 Proksi   Aman Zulkarnain Azhar Pos-produksi
J Retribusi   Taufik

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2006 Gol & Gincu The Series Musim 1 Eddy 8TV
Realiti Burn Ramli
2007 Gol & Gincu The Series Musim 2 Eddy
Tidak Pernah Ku Sesali Dr. Farid TV1
2008 Renjis Musim 1 Ungku Alauddin / Dean Astro Ria MEGADRAMA
2009 Renjis Musim 2 Kameo: Episod akhir
2018 Dosa: Sacred Sin Fuad Astro First Eksklusif

SinetronSunting

Tahun Tajuk Peranan Rangkaian Catatan
2008 Sekar Brama RCTI SinemArt
2009
Cinta dan Anugerah Reza
2010
Sejuta Cinta Marshanda Abel
2011 Anugerah Arya ditayangkan sejak 2011 hingga 2012
Kasih dan Cinta Atar SinemArt
Binar Bening Berlian Dimas Adam
2012
Putri Bidadari Jefri
2013
2014 Pashmina Aisha Juna
Catatan Hati Seorang Istri: Musim 1 Eddie Bramantyo
2016 Catatan Hati Seorang Istri: Musim 2

TelevisyenSunting

Tahun Tajuk Rangkaian Catatan
2005 Box Office Now NTV7
2006 Beat TV Astro Ria bersama Sazzy Falak
Mentor TV3
Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA - Di Putrajaya

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Anugerah MeleTOP Era 2019 Pelakon MeleTOP Dicalonkan

RujukanSunting

Pautan luarSunting