Asian Defence Journal

Asian Defence Journal merupakan sebuah majalah berunsur isu-isu berkaitan pertahanan dan keselamatan, teknologi pertahanan, program pertahanan antarabangsa dan isu-isu berkaitan ekonomi dan industri. Majalah berbahasa Inggeris ini diterbitkan oleh Syed Hussain Publications Sdn. Bhd. Ia telah diasaskan pada 1969 dan mula diterbitkan secara bulanan bermula pada 1970. Majalah ini mempunyai golongan pembaca yang terdiri daripada pegawai-pegawai atasan tentera dan pembuat keputusan politik di Asia Pasifik.

Asian Defence Journal
Muka depan Asian Defence Journal keluaran November 2008.[1]
Kategori Ketenteraan
Penerbit Syed Hussain Publications Sdn Bhd
Diterbitkan pada 1970
Jumlah edaran > 11,000 naskah sebulan

Jumlah edaran semasa majalah ini sama ada melalui langganan tetap atau jualan melebihi 11,000 naskah di pasaran Asia sahaja.

Lihat juga sunting

Rujukan dan nota sunting

  1. ^ Kredit kepada SHP Sdn Bhd

Pautan sunting