Restiaid asid hialuronik ialah polisakarida semulajadi yang menyusun tisu penghubung.[1] Fungsi utama molekul ini ialah untuk menstabilkan struktur antaraselular (bahagian dalam sel) dan membentuk matriks cairan untuk tempat pengikatan kolagen dan serat elastik.[1] Di dalam tubuh, asid hialuronik terdapat dalam gel pada kulit dan tali pusat, serta terlarut pada cairan sinovial.[2] Monomer penyusun asid hialuronik adalah disakarid asid N-asetilhialobiuronik.[2] Seiring dengan peningkatan usia, jumlah asid hialuronik di kulit akan menurun sehingga menyebabkan peningkatan kedutan.[1] Salah satu aplikasi dari asid hialuronik ialah sebagai pengisi tisu lembut untuk mengatasi lipatan dan kedutan di wajah.[1] Beberapa syarikat kosmetik telah membuat produk dari asid hialuronik yang dapat bertahan lebih lama dalam tisu lembut.[1]

restiaid molekul asid hialuronik.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e (Inggeris)Joseph A. Mauriello (2004). Techniques in Cosmetic Eyelid Surgery: A Case Study Approach. Lippincott Williams & Wilkins. ISBN 978-0-7817-4466-9. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)Page.277-282
  2. ^ a b (Inggeris)C.B. Anfinsen (1959). Advances in protein chemistry, Volume 12. Academic Press. ISBN 978-0-12-034213-6. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)Page.40-41