Asif Luqman Qazi

ahli politik Pakistan

Asif Luqman Qazi (lahir 25 Oktober 1967) ialah seorang ahli politik di Pakistan. Beliau merupakan Pengarah Hal Ehwal Luar Jamaat-e-Islami Pakistan[1] selepas kematian penyandang sebelumnya, Abdul Ghaffar Aziz.

Asif Luqman Qazi
ٓآصف لقمان قاضی
Pengarah Hal Ehwal Luar
Jamaat-e-Islami Pakistan
Memegang jawatan
s. 2020
Didahului olehAbdul Ghaffar Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1967-10-25) 25 Oktober 1967 (umur 56)
KerakyatanPakistan
Parti politikJamaat-e-Islami Pakistan
BapaQazi Hussain Ahmad
Alma materUniversiti Islam Antarabangsa Islamabad
Universiti Boston
PekerjaanAhli politik
Cendekiawan Islam

Latar belakang sunting

Asif Luqman dilahirkan pada 25 Oktober 1967[2] di Peshawar, Pakistan[3]. Asif belajar pada peringkat menengah Kolej Kadet Kohat dan Kolej Kerajaan Lahore. Beliau juga memperoleh dua ijazah sarjana dalam ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Islamabad dan Universiti Boston, Amerika Syarikat. Beliau turut memasuki Kolej Baruch di New York City untuk pengajian pascasiswazah. Selepas selesai pengajian, beliau pulang ke Pakistan untuk membantu ayahnya, Qazi Hussain Ahmad, yang merupakan Pengerusi Jamaat-e-Islami dan anggota parlimen[3].

Beliau turut bekerja sebagai pensyarah di UIA Islamabad. Beliau telah dipilih sebagai anggota syura pusat Jamaat-e-Islami Pakistan dan memegang beberapa jawatan dalam parti tersebut. Beliau turut menjadi pengarah eksekutif di Pusat Perbincangan dan Penyelesaian, sebuah badan pemikir bebas yang berpusat di Islamabad[2].

Rujukan sunting

  1. ^ Islamuddin Sajid (16 September 2021). "Pakistani religious party official urges international community to support needy Afghans". Anadolu Agency. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  2. ^ a b "Asif Luqman Qazi". UrduPoint Network. Dicapai pada 7 Jun 2022.
  3. ^ a b Shadi Hamid dan William McCants (November 30, 2016). "Islamists on Islamism: An interview with Asif Qazi, leader in Pakistan's Jamaat-e-Islami". The Brookings Institution. Dicapai pada 7 Jun 2022.