Asif Suhaimi
Mohamad Asyiff Suhaimi (lahir 18 Julai 2002) ialah seorang pelakon dan selebriti YouTube Malaysia. Beliau dikenali menerusi kerjasamanya bersama sepupunya, Syahmi Sazli.[1][2]
Asif Suhaimi | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Asyiff bin Suhaimi 18 Julai 2002 |
Nama lain | Asif |
Pekerjaan | Pelakon, selebriti YouTube, penyanyi |
Tahun aktif | 2019–kini |
Saudara | Syahmi Sazli (sepupu) |
KerjayaSunting
Asif mula menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot Drama Spontan yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli menerusi YouTube.[1]
Pembabitan Asif dalam video pendek itu telah mengubah perwatakannya yang asalnya seorang yang pemalu, gemar menyendiri dan tidak suka ke hadapan. Asif juga pada awalnya penakut dan gemar menyorok di belakang pintu apabila didekati seseorang. Namun, remaja istimewa itu suka bergaul dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya.[1]
Bekerja di bawah arahan Abdul Razak Mohaideen, beliau bersama Syahmi dan Yoe Parey membintangi filem Syif Malam Raya (2020) yang menandakan penampilan sulung mereka di layar lebar.[3] Ini kemudian diikuti oleh filem Mael Totey The Movie yang mendapat sambutan baik.[4]
Kehidupan peribadiSunting
Asif menghidapi autisme separa dan merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Beliau mempunyai tujuh adik-beradik yang berlainan ibu.[1]
Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.[1]
FilemografiSunting
Drama pendekSunting
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2017 | Baso Jate Pilih Rupo | |
2019 | Drama Spontan | |
2020 | Mael Totey | Asif |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Syif Malam Raya | Asif | Filem pertama lakonan |
Mael Totey The Movie | |||
2022 | 35MM | ||
2023 | Satu Hari Sebelum Raya |
Anugerah dan pencalonanSunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Komedi Popular | Asif | Menang | [5] |
RujukanSunting
- ^ a b c d e Azlina Mazli (4 September 2019). ""Tak gurau Mi" trademark popular Asif, ketahui 15 trivia menarik remaja autisme penghibur hati rakyat Malaysia". mStar Online. Dicapai pada 16 November 2021.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (21 Jun 2022). "Yoe Parey dan Asif Suhaimi mahu berlakon dengan Syahmi Sazli saja". Harian Metro. Dicapai pada 27 November 2022.
- ^ "Bintang YouTube Asif, Yoe Parey dan Syahmi Sazli tunjuk bakat lakonan dalam Syif Malam Raya". mStar Online. 19 Mei 2020. Dicapai pada 7 Jun 2020.
- ^ Budiey (16 Oktober 2020). "Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli sedia dikritik, lakonan Asif, Yoe dinantikan peminat". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 21 November 2020.
- ^ Zaidi Mohamad (13 November 2021). "Asif buat kejutan besar". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.