Pasukan berkuda

(Dilencongkan dari Askar berkuda)

Kavalri ataupun pasukan berkuda merupakan sebuah pasukan askar yang berperang dari atas binatang, biasa kuda, ataupun juga unta. Banyak digunakan pada zaman dahulu kala kerana pasukan ini mudah bergerak dengan pantas.

Namun sejak zaman Perang Dunia II pasukan berkuda tamat riwayatnya akibat pengenalan kereta kebal. Kini ia hanya dipergunakan pada upacara sahaja.

Ukiran menunjukkan pasukan berkuda Assyria.

Tentera pejalan kaki yang bergerak menunggang kuda dan bertempur di atas tanah dikenali sebagai infantari menunggang atau dragoon. Dalam sejarah menunggang meningkatkan pegerakan, "peralatan" yang menggandakan nilai berjuang walaupun pasukan yang kecil, membenarkan mereka untuk memintas dari belakang dan mengelak, untuk mengejutkan dan menumpaskan, untuk berundur dan melepaskan diri menurut keperluan semasa."

Dalam ketenteraan moden (terutama tentera Amerika Syarikat), istilah Kavalri sering digunakan bagi unit yang memenuhi peranan pasukan berkuda tradisi seperti peninjauan, menabir, skirmishing dan raid. Peranan kejutan, secara tradisi penuhi oleh tentera berkuda berat biasanya digantikan dengan unit yang ditetapkan sebagai "berperisai".


Pasukan berkuda terkenal sunting

Pautan luar sunting