Asmadi Abdul Wahab

Asmadi Abdul Wahab atau dikenali sebagai Adi, diahirkan pada 3 Februari 1976. Adi mendapat didikan seni dari beberapa seniman tanah air seperti Allahyarham Rejabhad, Lat (Dato’ Mohd Nor Khalid) dan pelukis ilustrasi buku kanak-kanak terkenal saudara Mohd Yusof Ismail atau lebih kenali sebagai ‘Yusof Gajah’.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai kartunis sambilan untuk majalah Gila-Gila sebelum terbabit dalam pembikinan siri animasi Jepun seperti Dragon Ball, Slumdunk, Sailormoon, Shoot dan Crying Freeman untuk produksi Toei Animation Jepun.

Melalui pengalamannya itu, beliau telah ditawarkan oleh YM Raja Azmi Raja Sulaiman untuk menghasikan komik biografi dan animasi ‘Anak-Anak Sidek’ yang begitu popular sekitar tahun 1996.

Adi meneruskan kecemerlangannya apabila berjaya menghasilkan konsep siri animasinya sendiri yang berjudul Edy & Cici sebanyak 54 episod yang disiarkan di RTM 1, ASTRO dan sebuah produksi di luar negara.

Pada tahun 2002, dibawah bimbingan saudara Mohd Yusof Ismail beliau berjaya memenangi pertandingan ilustrasi buku di Jepun ‘ The 13th Noma Concours for Picture Book Illustrations ‘

Hasil karyanya berjudul ‘The Red Cage’ telah dipamerkan di The International Library of Children’s Literature di Tokyo Jepun dan di BIBIANA International House Of Art For Children di Bratislava, Slovakia.

Pada tahun 2004, beliau telah berhijrah ke United Kingdom untuk meneruskan cita-cita seninya bagi mendalami pengetahuan khusus dalam bidang ilustrasi untuk buku kanak-kanak.

Kini beliau berkhidmat sebagai pereka konsep dan pelukis ilustrasi di sebuah syarikat penerbitan di Kuala Lumpur dan disamping itu juga beliau melibatkan diri dengan aktiviti atau program yang dijalankan oleh pihak Majlis Buku Kanak-Kanak Dan Remaja Malaysia (MBBY) dibawah naugan Datin Paduka Shahaneem Hanoum dalam usaha memartabatkan buku kanak-kanak tempatan di peringkat antarabangsa.

Pautan luar sunting