Asmazarith bin Ismail

Asmazarith bin Ismail yang lebih dikenali sebagai Zarith merupakan bekas vokalis kumpulan rock yang terkenal di Malaysia iaitu kumpulan Mega. Beliau dikatakan berasal dari negeri Johor Darul Takzim.

Zarith (Mega)
Nama lahirAsmazarith bin Ismail
Juga dikenali sebagai
Zarith
Berasal dariMalaysiaMalaysia
GenreRock, Slow Rock
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1988 - 1999
Pengkarya berkait
Kumpulan Mega

Kerjaya nyanyian sunting

Beliau merupakan bekas vokalis Kumpulan Mega dari tahun 1988 sehinggalah posisi beliau sebagai vokalis diambil alih oleh Rahmad Mega pada tahun 1991. Setelah beliau berundur dari Kumpulan Mega, beliau pernah menghasilkan dua buah album solo, yang pertama berjudul Eva pada tahun 1992 dan yang kedua berjudul Sejuta Rahmat pada tahun 1999. Selepas itu beliau tidak lagi aktif menyanyi.

Namun pada tahun 2007, beliau telah diundang oleh orang yang menggantikan tempatnya dalam Mega pada tahun 1991 iaitu Rahmad untuk membuat persembahan ketika Kumpulan Mega mengadakan konsert 'live' di Planet Hollywood bersama Kumpulan Fotograf.

Rujukan sunting