Asoka (Devanāgarī: अशोक, IAST: Aśoka, IPA: [aˈɕoːkə], 304–232 SM), juga dikenali sebagai Ashoka dan Asoka Agung, ialah maharaja yang memerintah Dinasti Maurya di India yang memerintah hampir seluruh subbenua India dari 269 SM hingga 232 SM. Salah satu maharaja India yang teragung, baginda memerintah hampir seluruh wilayah India kini selepas sebilangan kejayaan ketenteraan. Empayarnya terbentang dari Pakistan kini dan Afghanistan di barat sehingga Assam di timur, dan Kerala utara serta Andhra di selatan. Asoka juga menewaskan kerajaan Kalinga yang tidak pernah ditewaskan oleh mana-mana satu maharaja dinastinya, mulai dari zaman Chandragupta Maurya. Pemerintahannya berpusat di Magadha (Bihar kini, India).[1]

Asoka Agung
Samrat Maurya
Chakravatin (mungkin Asoka) abad ke-1 SM/SM. Andhra Pradesh, Amaravati. Dipeliharakan di Musee Guimet
Pemerintahan273-232 SM
Pertabalan270 SM
Nama penuhAshoka Bindusara Maurya
GelaranSamrat. Gelaran lain termasuk Devanampriya Priyadarsi, Dhammarakhit, Dharmarajika, Dhammarajika, Dhammaradnya, Chakravartin, Samrat, Radnyashreshtha, Magadhrajshretha, Magadharajan, Bhupatin, Mauryaraja, Aryashok, Dharmashok, Dhammashok, Asokvadhhan , Ashokavardhan, Prajapita,Dhammanayak, Dharmanayak
DimakamkanAbu direndam ke dalam Sungai Gangga, mungkin di Varanasi, Mayat dibakar, dalam kurang sehari selepas kemangkatan
PendahuluBindusara
PenggantiDasaratha Maurya
PermaisuriMaharani Devi
IsteriRani Tishyaraksha
Rani Padmavati
Rani Kaurwaki
AnakandaMahendra, Sanghamitra,Teevala, Kunala
Kerabat dirajaDinasti Maurya
AyahandaBindusara
BondaRani Dharma atau Shubhadrangi
AgamaAgama Buddha, Humanisme
Ashoka Empire

Seorang penganut tradisi Veda, agama yang dianuti secara meluas sewaktu itu, Asoka kemudian memeluk agama Buddha selepas menyaksikan kematian besar-besaran dalam perang Kalinga, suatu perang yang dimulakannya sendiri atas keinginan untuk mencapai penaklukan. Baginda seterusnya mengabdikan hidupnya dalam penyebaran agama Buddha ke seluruh Asia dan membina tugu peringatan untuk menandakan sebilangan tapak yang penting dalam kehidupan Gautama Buddha. Asoka mengamalkan ahimsa (ketakganasan), kasih sayang, kebenaran, toleransi, dan vegetarianisme, dan dikenangi dalam sejarah sebagai seorang pentadbir kedermawanan. Dalam sejarah India, baginda digelar sebagai Samraat Chakravartin Asoka, iaitu Maharaja antara Maharaja Asoka.

Nama baginda, "aśoka" bererti "tanpa kesedihan" dalam bahasa Sanskrit (a = tiada/tanpa, soka = kesedihan atau kerisauan). Dalam ediknya, Asoka digelar sebagai Devānāmpriya (Devanāgarī: देवानांप्रिय)/Devānaṃpiya atau "Yang Disayangi oleh Dewa-dewa", dan Priyadarśin (Devanāgarī: प्रियदर्शी)/Piyadassī atau "Dia yang menyayangi setiap orang". Satu lagi gelarannya ialah Dhamma (prakrit: धम्मः), "Sah, Warak, Salih".

H. G. Wells, penulis dan pengkritik sosial British yang terkenal, dalam The Outline of History (1920), karya dua jilidnya yang terlaris, menulis tentang maharaja Asoka:

Dalam sejarah dunia, terdapat ribuan raja dan maharaja yang menggelar diri mereka sebagai 'Duli Yang Teramat Mulia,' 'Duli Yang Maha Mulia,' dan seterusnya. Mereka terserlah sebentar, lalu hilang dengan secepatnya. Tetapi Asoka terserlah dan terserlah dengan jelas seperti bintang terang sehingga hari ini.

Selain daripada Edik Asoka, legenda Asoka juga diceritakan dalam Aśokāvadāna ("Naratif Asoka") dan Divyāvadāna ("Naratif Ketuhanan") akhir abad ke-2, serta teks Sri Lanka Mahavamsa ("Babad Agung").

Selepas dua ribu tahun, pengaruh Asia masih dapat dlihat di Asia, terutamanya di subbenua India. Sebuah lambang yang digali dari empayarnya kini merupakan Lambang India kebangsaan. Dalam sejarah agama Buddha, Asoka dianggap sebagai tokoh kedua terpenting selepas Gautama Buddha.

Rujukan sunting

  1. ^ Bagaimanapun, Ranajit Pal menunjukkan bahawa rujukan pertama kepada Magadha adalah dalam Edik Asoka yang terletak berhampiran wilayah barat daya, dengan Magadha awal itu merupakan Magan di Baluchistan (barat). Ketiadaan langsung tinggalan Maurya dan Nanda di kawasan Patna menunjukkan pula bahawa tempat ini mungkin bukan ibu kota Asoka. Lihat Ranajit Pal, "Non-Jonesian Indology and Alexander", New Delhi – 2002.

Pautan luar sunting

Asoka
Tarikh keputeraan: 304 SM Tarikh kemangkatan: 232 SM
Didahului oleh
Bindusara
Maharaja Maurya
272–232 BCE
Diikuti oleh:
Dasaratha