Aspergilosis merupakan pelbagai jenis penyakit yang disebabkan oleh kulat dari genus Aspergillus.[1][2] Penyakit ini merebak akibat spora kulat Aspergilus di udara bebas.[1] Antara gejala yang disebabkan penyakit ini adalah: aspergilosis paru-paru yang menimbulkan gejala seperti asma bronkial akibat alergi terhadap kulat yang berada di paru-paru, otomikosis yang sering diiringi jangkitan bakteria, gejala akibat otomikosis seperti rasa gatal pada liang telinga, kesakitan, dan kadang bernanah, dan onychomycosis yang menyebabkan kelainan pada kuku.[1] Penyakit ini dapat dirawat dengan meminum larutan iodetum kalicium tepu atau dengan suntikan amfoterisin.[1] Selain menyerang manusia, penyakit ini juga dapat menyerang haiwan, terutamanya ayam.[1] Kematian ayam disebabkan kerana jangkitan pada paru-paru. Kulat Aspergilus punca penyakit ini mungkin berasal dari persekitaran yang kurang bersih seperti sampah, sumber air, mahupun makanan yang berkulat.[1] Antara gejala yang ditimbulkan adalah pernafasan yang parau, dan suara mendahak pada kerongkong.[1] Penyakit ini lambat tersebar, malah pada ayam kadar kematian yang diakibatkannya rendah.[1]

Serangan kulat Aspergillus pada pesakit dengan penyakit paru-paru interstisial

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h Empty citation (bantuan)
  2. ^ inggris