Assassin (Fate/stay night)

watak Fate/stay night

Assassin merupakan seorang watak fiksyen daripada sebuah novel visual dan siri anime Jepun berjudul Fate/stay night ciptaan TYPE-MOON.

Assassin

Berpakaian umanori hakama tradisional Jepun dan kimono yang dihiaskan dengan haori indigo, Servant yang kacak ini menjaga pintu masuk ke Kuil Ryūdōji. Senyap namun tenang, Assassin mengekalkan taraf bushido dan cukup gemar berlawan pedang dengan Servant yang lain. Meskipun daripada kelas yang sama, dia tidak haruslah dikelirukan dengan seorang lagi Servant iaitu True Assassin.

Seiyū untuk watak Assassin ialah Shinichiro Miki. Alihan suara versi Inggeris pula dilakukan oleh David Vincent[1].

Status Servant sunting


Master: Caster Jantina: Lelaki Warna: Kobalt biru
Penjajaran: Jahat Neutral Ketinggian: 176 cm Kebolehan: Seni bermain pedang
Noble Phantasm: Tiada Berat: 63 kg Kegemaran: Kecantikan alam semula jadi
Kekuatan: C Penyembunyian Kehadiran: D Tidak suka: Tiada
Ketahanan: E Kelutsinaran: B+ Musuh: Zōken Matō, Sakura Matō
Ketangkasan: A+ Pengetahuan Harmoni Paling Depan: B
Mana: E Mata Penglihatan Minda (Palsu): A
Tuah: A


Kebolehan sunting

  • Penyembunyian Kehadiran
Tahap: D
Menyembunyikan kehadiran seseorang sebagai Servant. Sesuai untuk misi-misi menghendap musuh.
  • Kelutsinaran
Tahap: B+
Bersih dan tenang. Sebuah penghalang yang membatalkan sebarang gangguan mental. Disebabkan dirinya bukan seorang pembunuh upahan (assassin), dia tidak berupaya untuk menggunakan Kebolehan Pembunuh Upahan, iaitu Penyembunyian Kehadiran, namun dia boleh menyembunyikan kehadirannya sebagai individu yang mampu menggunakan seni bela diri yang terlatih.
  • Pengetahuan Harmoni Paling Depan:
Tahap: B
Kebolehan istimewa yang menghalang pengurangan keberkesanan sesuatu serangan, tidak mengira kekerapan ia digunakan terhadap seseorang individu atau musuh. Serangan tidak akan dapat dilihat musuh.
  • Mata Penglihatan Minda (Palsu):
Tahap: A
Rintangan kepada perubahan darjah penglihatan yang disebabkan oleh gangguan visual. Dikenali juga sebagai naluri keenam (sixth sense) atau terus mata; suatu kebolehan semula jadi yang mengesan bahaya.

Noble Phantasm sunting

 
Assassin, menyesuaikan posisinya untuk melancarkan serangan Tsubame Gaeshi
  • Tsubame Gaeshi (Jepun: 燕返し, Hepburn: Burung Layang-layang Pembalikan)
Tahap: ??
Jenis: Anti-Unit
Assassin tidak memiliki sebarang Noble Phantasm, meskipun Tsubame Gaeshi adalah cukup kuat untuk dikategori sebagainya. Ia merupakan sejenis serangan yang memutarbelitkan undang-undang fizik untuk mencipta sesuatu yang dikenalpasti sebagai Fenomena Pembiasan Dimensi, yang terdiri daripada tiga hayunan pedang daripada tiga arah berbeza. Tidak seperti teknik-teknik Servant lain, Tsubame Gaeshi tidak memerlukan sebarang Mana tambahan selain daripada yang diperlukan oleh Assassin untuk bergerak, meskipun suatu tahap dasar diperlukan untuk memastikan perlaksanaannya yang sempurna. Nama teknik ini berasal daripada teknik yang digunakan oleh Sasaki Kojirō, yang dikatakan mampu memotong burung layang-layang di udara.

Dalam alihan suara versi Inggeris siri anime Fate/stay night, teknik ini diterjemah sebagai Turning Swallow Strike (Serangan Burung Layang-layang Berputar). </br=clearall>

Identiti Sebenar sunting

Assassin tidak mempunyai identiti yang benar-benar wujud, meskipun dia melakonkan watak pahlawan pedang bernama Sasaki Kojirō[2]. Sasaki Kojirō yang telah ditelan zaman ini dilatih dalam fencing gaya Chūjō-Ryū, dan telah menubuhkan Ganryū, sebuah sekolah kenjutsu. Senjatanya, Monohoshi Zao, merupakan sebilah nodachi yang tajam dan berat, berukuran 90cm panjang (150cm dalam siri Fate/stay night); panjang bilahnya adalah luar biasa untuk pedang sebegitu.

Dalam dunia sebenar dan siri ini, meskipun terkenal dengan pergerakan kakinya dan penguasaan kenjutsu, Kojirō paling terkenal dengan kematiannya di tangan Musashi Miyamoto, meskipun sesetengah sejarahwan meragui kewujudan Kojirō sama sekali. Meskipun dia disebut dalam rekod-rekod kerajaan, terdapat percanggahan maklumat tentang umurnya, dan Musashi tidak pernah menyebut nama seorang pahlawan pedang dengan nama Kojirō dalam mana-mana rekod penulisannya. Dalma siri Fate/stay night, profil Kojirō di dalam era moden itu merupakan suatu rekaan semata-mata; dia merupakan lembaga yang tidak bernama, berkongsi persamaan dengan lagenda Kojirō, justeru meminjam rupa serta kebolehan pahlawan itu sebaik sahaja dirinya diseru.

Peranan sunting

Assassin diseru oleh Caster sebagai penjaga pintu masuk ke Kuil Ryūdō. Disebabkan penyeruannya sebagai Servant yang tidak mengikut peraturan, Assassin terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Caster untuk sumber Mana dan tidak mampu bergerak melebihi kawasan di kuil tersebut. Tambahan pula, dia telah kehilangan kebanyakan parameter dan kebolehan biasa yang diberikan untuk Servant kelasnya. Disebabkan statusnya yang terhad, Assassin tidak meletakkan Holy Grail sebagao objektif yang penting, selain daripada tugasnya untuk Caster, Assassin hanya berminat untuk bertarung dengan pahlawan pedang yang handal. Dalam senario Fate, Assassin telah memaksa Saber untuk mengundurkan diri dalam serangan musuhnya itu kali pertama. Dalam pertemuan di antara Saber dan Assassin kali kedua (siri anime sahaja), dia melepaskan Shirō Emiya dan Rin Tōsaka demi menumpukan sepenuh perhatian dalam pertarungannya; dia tewas di tangan Saber dalam pertemuan ini. Dalam senario Unlimited Blade Works pula, dia telah menghentikan Saber daripada menyelamatkan Shirō daripada tangan Caster awal-awal lagi, dan kemudian menentang Saber buat kali terakhir meskipun Caster sudahpun ditewaskan pada waktu itu. Senario Heaven's Feel pula memaparkan peranan Assassin sebagai saluran yang digunakan Zōken Matō untuk menyeru True Assassin.

Dalam Fate/hollow ataraxia, Assassin tetap kekal di Kuil Ryūdōji, dan terus menjaga pintu masuknya meskipun keamanan telah tersebar di seluruh Bandar Fuyuki. Dia seringkali berbicara dengan sesiapa sahaja yang cukup baik untuk berjumpa dengannya di puncak anak tangga kuil tersebut. Apabila Avenger mula menyerang lokasinya, Assassin telah menentang anjing-anjing bayangan yang dilepaskan disamping Masternya, Caster.

Rujukan sunting

  1. ^ "Fate/stay night (TV)". Anime News Network. December 2006. Dicapai pada 2007-11-15.
  2. ^ TYPE-MOON (2006). TYPE-MOON Double Maniax, hlm. 29.